SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Disember 31, 2010

Khamis, Disember 30, 2010

MESYUARAT KOKURIKULUM

Pn. Norlia bt Abu Bakar selaku GPK Kokurikulum mempengerusikan mesyuarat Kokurikulum kali pertama seterusnya beliau menyampaikan taklimat mengenai pengurusan dan perancangan Unit Kokurikulum 2011.

MESYUARAT HEM

GPK HEM, Pn. Alimah Abu Noh mempengerusikan mesyurat Unit HEM seterusnya menyampaikan taklimat mengenai pengurusan dan perancangan unit HEM 2011

Rabu, Disember 29, 2010

MESYUARAT GURU DAN KURIKULUM

Mesyuarat Guru Kali Pertama



Mesyuarat Kurikulum Pertama



GURU BARU

SMK Sg. Choh mengalu-alukan kehadiran empat orang guru baru.
Pn. Hashnanailiza Bt. Rezuan - Pengkhususan Fizik/Moral - KPLI - IP Teknik 2006
Pn. Kannamah a/p Jairaman - Pengkhususan Geografi/B.Melayu - USM 2001

En. Zarul Shafiq b. Zulkefli - Pengkhususan PJPK - UPSI 2010

Pn. Normawarni - Pengkhususan ICT/Pend. Agama - UPSI 2007

Khamis, Disember 23, 2010

Rombongan 1 Malaysia 1 Gagasan Impian






















Pada 21/12/2010, iaitu pada hari Selasa yang lalu telah diadakan Rombongan 1 Malaysia 1 Gagasan Impian. Aktiviti 2 hari 1 malam ini adalah anjuran pihak PIBG SMK Sungai Choh yang bertujuan untuk mengisi masa lapang dan menyuntik semangat kenegaraan di kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Di samping itu, para pelajar juga dapat menimba ilmu secara tidak langsung daripada lawatan tempat-tempat bersejarah di Melaka. Rombongan ini disertai oleh seramai 30 pelajar Tingkatan Lima, 30 pelajar Tingkatan Enam, 5 guru dan seorang wakil PIBG. Guru-guru yang terlibat Pn Noraini Muin, Pn Wan Supiah, Pn Raja Zanariah, Pn Shanaz dan En Ahmad Bukhari manakala wakil PIBG ialah En Nordin. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, aktiviti bersantai di pantai, berkayak, menaiki feri dan melawat tempat -tempat bersejarah.

KEPUTUSAN PMR 2010

GPK Akademik, Pn. Hjh. Nor'aini merangkap Pemangku Pengetua sedang mengumumkan keputusan PMR 2010 di Dewan Wawasan. Turut hadir dan mendengar ucapan beliau ialah ibu bapa, guru-guru, guru tingkatan dan pelajar tingkatan 3 tahun 2010

Dalam ucapannya, beliau bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang telah menyumbang kepada kejayaan yang membanggakan ini. Peratus pencapaian PMR yang tertinggi sebelum ini ialah 71.2.

Selasa, Disember 14, 2010

BEBAN TUGAS GURU




Rabu, November 24, 2010

PEPERIKSAAN SPM - BAHASA INGGERIS

Pelajar tingkatan 5 sedang menjawab soalan SPM - Bahasa Inggeris di Blok F

Selasa, November 23, 2010

NETIKA PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL

Semoga dapat memberi garispanduan dan membantu para pengguna internet agar lebih beretika menggunakan laman sosial. "Double click" pada imej untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas mengenai pesanan YAB. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib.

KESEMPURNAAN KERJA KONTRAKTOR

Gambar fail Unit data dan ICT pada Isnin - 15/11/2010 (atas)

Wayar penebat bumi yang tidak disambung ke bahagian dalam rumah pam (gambar atas)
Gambar fail Unit data dan ICT pada Isnin - 15/11/2010 (atas), kontraktor berjanji menukarkan dengan pintu yang baru
Pintu rumah pam yang telah diperbaiki tetapi hanya dipotong pendek pintunya dan digunakan semula, Bahagian selak sebelah dalam pintu boleh kelihatan jika dipandang dari luar.

KERUSI PELAJAR


SMKSC telah menerima 220buah kerusi pelajar pada hari ini. Terima kasih kepada JPNSDE