SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Januari 23, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI


Selamat Bercuti kepada semua warga SEMESCO

BACAAN YAASIN DAN PROGRAM MOTIVASI

Pada pagi Jumaat 23 Januari 2009, bacaan Yaasin telah dijalankan dengan diketuai oleh Ustaz Mohammad Zaabidi manakala pelajar bukan Islam telah ditugaskan kepada En Ravi Chander.

Khamis, Januari 22, 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA KE 23

Kedua gambar ini diambil dari blog purple epal.


SMKSC telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa kali ke 23 pada 22 Januari 2009. Rumah biru telah menjadi johan pada tahun ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Rabu, Januari 21, 2009

KEJOHANAN BADMINTON MSSD HULU SELANGOR

Kedua-dua gambar ini diambil dari blog purple epal.


Tahun ini SMK Sungai Choh telah menjadi pengelola Kejohanan Badminton MSSD Hulu Selangor. Kejohanan ini telah diadakan di Dewan YS Lim, Badminton Training, Rawang. Sebanyak 11 buah sekolah menengah telah menyertai kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini, 20 dan 21 Januari 2009.

Isnin, Januari 19, 2009

PELAJAR CEMERLANG PMR 2008














19 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2008 yang lalu telah diperkenalkan semasa perhimpunan rasmi pada pagi 19 Januari 2009.

Sabtu, Januari 17, 2009

KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN 2009



Seramai 70 orang pelajar, dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6 Atas telah menghadiri Kursus Sehari Pengurusan Kelab dan Persatuan yang dianjurkan oleh unit Ko-kurikulum SMKSC. Kursus ini telah diadakan pada 17 Januari 2009, hari Sabtu. Tahniah Pn Alimah kerana berjaya menganjurkannya.





PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN 2009

Pada 16 Januari 2009, satu perjanjian telah ditandatangani antara pihak kantin, ZALEHA ENTERPRISE yang diwakili oleh Pn Latifah bt Aksah dan pihak sekolah yang diwakili oleh Pengetua, Pn Habshah bt Abdul Kudus serta dihadiri oleh dua orang saksi. Zaleha Enterprise telah diberi penyewaan kantin sekolah selama dua tahun, 2009 dan 2010.



Rabu, Januari 14, 2009

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN PERINGKAT DAERAH




Mesyuarat Panitia Sejarah peringkat daerah Hulu Selangor telah dihadiri oleh 16 orang guru dari semua sekolah menengah yang terdapat di Hulu Selangor dan seorang guru cemerlang Pn Norsiah dari SMK Syed Mashor dan PPD, En Sameon.


Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran ICT telah dipengerusikan oleh SMK Sungai Choh dan dihadiri oleh empat buah sekolah yang mengambil mata pelajaran ini di peringkat SPM. Mereka ialah SMK Kuala Kubu Bharu, SMK Dato' Haji Kamaruddin, SMK Syed Mashor dan SMK Sungai Choh.

MENYAMPAIKAN SIJIL JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR




Pelajar-pelajar yang telah menyertai Jambori Antarabangsa Johor pada akhir tahun 2008 telah menerima sijil masing-masing pada perhimpunan pagi 14 Januari 2009.

Selasa, Januari 13, 2009

MAJLIS BICARA HATI

Majlis Bicara Hati anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dijalankan dengan melibatkan semua pelajar Tingkatan 3. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang mendapat keputusan peperiksaan PMR 2008 yang cemerlang telah diberi penghormatan untuk memberikan sumbangan dan nasihat kepada mereka.



SELAMAT DATANG CIK SITI KHADIJAH BT HASAN

Cik Siti Khadijah binti Hasan adalah guru ICT yang berasal dari Melaka. Beliau adalah guru baru berkelulusan dari UPSI.

Isnin, Januari 12, 2009

SELAMAT DATANG GURU PELATIH UPSI


Seramai sebelas orang guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris telah datang melapor diri untuk memulakan sesi latihan selama 14 minggu. Bermula dari 12 Januari 2009 hingga 25 April 2009. Mereka ialah:
Mohd Hariz b Ab Kadir - Matematik
Mohamad Saif bin Shori - Matematik
Nabilah binti Ali - Kaunseling
Sarah bt Che Hashim - Kaunseling
Suhana bt Noh - Sejarah
Zaleha bt Marhani - Sejarah
Mohd Nazdri b Saari - Fizik
Chew She Shing - Fizik
Jacquline Elizabeth Perera - English
Safariyanor bt Narzri - English
Jamuna AP Devandran - Pendidikan Seni

Sabtu, Januari 10, 2009

2008 SEMESCO JILID 7




Ini adalah majallah sekolah - SEMESCO 2008. Satu rekod rasmi sekolah yang telah siap pada akhir tahun lepas. Semua pelajar yang telah membayar boleh mengambilnya semasa waktu pejabat dari guru tingkatan masing-masing.