SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, September 30, 2010

MESYUARAT AJK PIBG


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PIBG En. Mohd. Radi b. Razali bertempat di Bilik Mesyuarat

BAIKPULIH TANDAS PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

Baikpulih tandas pelajar Perempuan

Keadaan tandas pelajar lelaki sedang dalam proses dinaiktaraf
GAMBAR LAIN - LAYARI BLOG ARKIB MAKMAL KOMPUTER SMKSC


Rabu, September 29, 2010

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-4


Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat mulai jam 1.49ptg - 2.15petang.
1. Hari Anugerah dan Kecemerlangan Kokurikulum - 13 Okt, 2010
2. Perhimpunan Khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 - 13 Okt, 2010.

TAKLIMAT SEKOLAH

Pn. Hjh. Nor'aini telah menjelaskan mengenai Peperiksaan PMR, Peperiksaan Akhir tahun tingkatan 2 dan tingkatan 4, Cuti berganti Hari Deepavali atau Hari Raya Haji, Konvo Mini di Produa pada 24/10/2010, dan cara pemilihan guru cemerlang 2009. Beliau juga turut memperkenalkan guru baru.

Sabtu, September 25, 2010

JAMUAN HARI RAYA

Pn. Hjh.Nor'aini menerima cek sumbangan PIBG berjumlah RM1000.00
En. Mohd. Radi (YDP PIBG) bersama Pn. Hjh. Nor'aini (Pemangku Pengetua) sedang melawat gerai juadah tingkatan 3
Gerai juadah pelajar tingkatan 4

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah telah diadakan di perkarangan sekolah dan kantin. Guru dan pelajar membawa juadah dan dihidangkan mengikut tingkatan. Suasana sungguh meriah ditambah pula pelajar berpakaian raya. Turut hadir sama ialah YDP, TYDP dan AJK PIBG yang lain dan ibu bapa. YDP PIBG turut menyumbangkan cek bernilai RM1,000.00. Terima kasih atas sumbangan tersebut

UCAPAN TAHNIAH

Tahniah kepada Pn. Halezza bt Jabar kerana selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang ke-4 pada jam 8.20pagi Jumaat. Beliau kini berada di rumah di Desa Melor Serendah.

Jumaat, September 24, 2010

PEMERIKSAAN SISTEM PENDAWAIAN LETRIK


En. Amir bersama pembantu merupakan dua orang juruteknik letrik dari JKR Hulu Selangor (Bahagian Letrik) sedang memeriksa dan menguji samada arus letrik di bangunan Blok A mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Hasil dari permeriksaan tersebut, sekolah disahkan dalam keadaan selamat.

MENAIKTARAF TANDAS


Syarikat Perniagaan AZ berjaya mendapatkan kontrak baikpulih tandas guru, tandas pelajar dan membaik dan menukar sistem pendawaian di rumah pam bersebelahan makmal komputer. Anggaran peruntukan keseluruhan projek adalah RM 100,000.00

Kerja-kerja penambahbaikan tandas pelajar lelaki dan perempuan adalah seperti berikut:
1. Mengecat semula
2. Menukar keseluruhan sistem paip
3. Menukar pintu besar, setiap pintu tandas
4. Menukar mangkuk tandas, tangki, singki
5. Menukar jubin dinding dan lantai tandas
Kerja-kerja penambahbaikan tandas guru lelaki dan guru perempuan pula ialah:
1. Mengecat semula
2. Menukar keseluruhan sistem paip
3. Menukar singki
Kerja-kerja pembaikan di rumah pam bersebelahan makmal komputer
1. Menukar sistem pendawaian baru dan pendawaian mesin pam air
2. Menukar peralatan suis, lampu, suis utama

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Peperiksaan Percubaan SPM 2010 sedang berlangsung di Dewan Bestari

AKTIVITI KOKURIKULUM


Pelajar sesi petang menghadiri aktiviti kokurikulum untuk Unit Beruniform

Ahad, September 05, 2010

KURSUS MOTIVASI SEHARI PELAJAR KELAS PERALIHAN






KURSUS SEHARI UNTUK PELAJAR KELAS PERALIHAN TELAH DIANJURKAN OLEH SRI MURUGAN CENTRE (NGO) DENGAN KERJASAMA JABATAN PERDANA MENTERI.

TARIKH: 05/09/2010
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA


EN.REVI CHANDER SEBAGAI GURU PENGIRING TELAH MEMBAWA 18 ORANG PELAJAR DARI SMK SG CHOH ,RWG

Jumaat, September 03, 2010

Program Berbuka Puasa dan Khatam Al Quran Anjuran Panitia Pendidikan Islam

Peserta Tadarus Lelaki


Peserta Tadarus Perempuan


YDP PIBG SMKSC, En Radhi bersama sama dengan PK1, Pn Nor'aini, Pemangku Pengetua menyerahkan sumbangan kepada pelajar yang terlibat dalam Tadarus Al' Quran.







Suasana Majlis Berbuka Puasa.









Bacaan Yasin Pelajar dan Guru sesi pagi

Bacaan Yasin diketuai ustaz zabidi mohon keberkatan sempena ramadhan al mubarak




Guru bersalaman dengan pelajar sempena aidilfitri



Kempen Kesedaran Kanser Anjuran MAKNA (Majlis Kanser Nasional)

En. Rizalisma Bin Ahmad Rafie dari MAKNA, memberi penerangan kepada guru-guru.



Sebahagian daripada guru-guru yang mengikuti penerangan kempen kesedaran kanser anjuran MAKNA