SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Jun 30, 2011

MESYUARAT GURU KALI KE 3

Mesyuarat Guru Kali Ke 3 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat mulai jam 1.20petang hingga 4.00petang


GPK 1, GPK HEM, GPK Kokurikulum turut memberi penerangan, memberi arahan mengikut bidang pengurusan masing-masing

ULBS BAHASA MELAYU

En. Mohd. Saie. Pentaksir Kawasan ULBS Bahasa Melayu sedang menemubual pelajar di Bilik Mesyuarat sementara ULBS Bahasa Inggeris berlangsung di Perpustakaan

HARI KAD PENYATA

Seorang bapa sedang mendaftar untuk mendengar ceramah keibubapaan


En. Ruslan dari Akademi Bina Insan Kelang sedang menyampaikan ceramah keibubapaan di Dewan. Guru juga turut hadir


Pelajar lain berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat Beberapa orang ibu kepada murid tingkatan 1Amanah sedang menunggu giliran untuk bertemu Pn. Eda Edna - guru tingkatan 1Amanah

PAMERAN MINI KARNIVAL MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

En. Mohd. Radi b. Razali, Pn. Hjh. Mazlah diberi penerangan mengenai peluang kemasukan ke IPTA dan IPTS untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT

Kios Peluang Kerjaya Pengajian Perdagangan

IKBN turut menyediakan khidmat penerangan mengenai peluang kemahiran yang boleh diceburi oleh pelajar lepasan sekolah


Pameran haiwan peliharaan turut dianjurkan oleh mata pelajaran KHB

PERASMIAN HARI KOPERASI 2011


YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali merasmikan Hari Koperasi SMKSC pada 29.6.2011. Turut hadir ialah En. Idrus b. Abdul Manan (TYDP PIBG)
En. Mohd. Radi b. Razali berucap sebelum merasmikan Hari Koperasi SEMESCO


En. Mohd Radi (YDP PIBG) dibantu oleh En. Idrus (TYDP) turut menanam pokok selepas merasmikan Hari Koperasi SEMESCO

Selasa, Jun 28, 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH

En. Mohd. Ashraf Reddy b. Abdullah (Guru B. Inggeris dan Data) telah menerima rawatan awal di Hospital Selayang dan kemudian dipindahkan ke Hospital Gleneagles Ampang akibat kemalangan di hadapan rumahnya. Tulang di pergelangan tangannya telah patah dan dimasukkan besi. Semoga beliau tabah dan didoakan semoga cepat sembuh. Beliau kini berehat di rumahnya.

Pergelangan tangan kiri yang patah Kedudukan besi yang dimasukkan ke bahagian tulang di pergelangan tangannya

ENGLISH WEEK PRIZE GIVING CEREMONY

Below are some of the photographs taken during the english week pirze giving. The prizes were presented by Senior Assistant 1, Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin
One of the winners of the talentime competition was performing on the stage

RAWATAN GIGI

Petugas Klinik Pergigian, Adibah bt Hamid telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas memeriksa gigi murid/pelajar SEMESCO mulai hari ini di bilik rawatan

Petugas klinik pergigian sedang berehat, menjamu selera di kantin selepas bertugas

PERATURAN DISIPLIN

Pn.Alimah bt Abu Noh (GPK HEM) memberi amaran kepada pelajar yang datang lewat

En. Bakhtiar mengingatkan murid/pelajar lelaki mengenai peraturan disiplin terutama mengenai masalah rambut

PENDAWAIAN LETRIK

En. Mohd. Yunus b. Tambah (tshirt kuning) membantu anaknya En. Mohd. Johari membaiki sistem pendawaian Blok C di Bilik Rawatan bagi memulihkan bekalan letrik di bilik tersebut untuk kegunaan rawatan gigi yang bermula hari ini

HARI KAD PENYATA

Pn. Hjh. Nor'aini mengumumkan Hari Kad Penyata akan diadakan pada 30.6.2011. Ibu bapa boleh datang bertemu guru tingkatan masing-masing mulai jam 8.30pagi hingga 1.10petang. Pelajar hanya boleh meninggalkan kelas masing-masing pada jam 1.10petang

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Pn. Sarina bt Shaari mengumumkan perlancaran minggu Teknik dan Vokasional
Antara pengisian yang akan diadakan adalah Pameran Kerjaya yang melibatkan mata pelajaran Teknik dan Vokasional pada 29.6.2011 (Rabu) mulai jam 9.00pagi hingga 12.30tengah hari

Ahad, Jun 26, 2011

SUKAN TAHUNAN SK SG. CHOH

Sukan Tahunan SK. Sg. Choh telah dirasmikan oleh Guru Besarnya - En. Sulaiman. Mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir kerana memberi keizinan dan laluan kepada mereka menggunakan padang untuk acara tersebut


Sabtu, Jun 25, 2011

KEM KIMIA DAERAH HULU SELANGOR 2011

En. Ahmad Bukhari telah membawa 4orang pelajar tingkatan 4, ke SM Sains Hulu Selangor untuk menyertai Kem Kimia. Antara pengisiannya ialah Program Mentor Mentee bersama guru Kimia tingkatan 5

MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN PELAJAR PEREMPUAN 2011

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin telah menutup Majlis Perkhemahan Pelajar Perempuan 2011 SEMESCO
Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memasak, explorace dan Pasukan Unit Beruniform yang terbaik

PERKHEMAHAN PERDANA PEREMPUAN 2011


Acara sebelah petang diisi dengan aktiviti lasak berpasukan


KEMALANGAN

En. Mohd. Ashraf Reddy b. Abdullah telah terlibat dalam kemalangan pada Hari Jumaat. Beliau menerima musibah tersebut semasa beliau menaiki motor keluar dari rumah untuk menunaikan solat Jumaat. Kini beliau menerima rawatan di salah sebuah pusat rawatan swasta di Ampang. Semoga beliau tabah dan cepat sembuh.

PERKHEMAHAN PERDANA PEREMPUAN 2011

Senamrobik

Pn. Hjh. Mazlah turut bersama pelajar melakukan senamrobik Tarian poco-poco

Pertandingan menyediakan sandwich


Para juri pertandingan sandwich
Pn. Hjh. Mazlah turut membantu menyediakan ubi kentang bagi masakan tengahari
Pelajar membantu membasuh ayam