SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Mac 12, 2010

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Program sambutan Maulidur Rasul kali ini diisi dengan Perarakan, Pertandingan Sepanduk, Pertandingan Membaca Doa Qunut, Pertandingan Membaca Doa Harian dan Ceramah oleh Ustaz Mohd. Zabidi
Perhimpunan sebelum perarakan

Tokoh Maal Hijrah Pelajar Lelaki - Muhd. Nadzir Hasyimi b. Mohammad, PPU-AC

Tokoh Maal Hijrah Pelajar Perempuan - Nazratul Ain bt. Mohd. Amran, Tingkatan 5B

GAMBAR DAN LAPORAN SETERUSNYA

WARNA WARNI PERARAKAN





Khamis, Mac 11, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009














Keputusan 85.1 %

Rabu, Mac 10, 2010

MESYUARAT PELAKSANAAN DWI PROGRAM

Satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 dan Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKSC

Tarikh pelaksanaan program pada 27 Mac 2010 di Dewan Wawasan. Ucapan perasmian dan penyampaian hadiah kecemerlangan PMR, SPM dan STPM akan disempurnakan oleh YB. Tuan Mat Isa b. Abu Kassim, ADUN Batang Kali.

Selasa, Mac 09, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PETANG KALI KE-2

Pn. Norliah bt Abu Bakar selaku GPK Petang telah mempengerusikan mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat SMKSC. Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus turut hadir. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa bayaran bil air perlu dijelaskan oleh pihak sekolah dengan menggunakan wang sendiri, pelajar bukan warga negara perlu menjelaskan LEVI.

Perkara yang perlu diambil perhatian:

1. Peperiksaan selaras 1 pada 22/3 - 24/3/2010

2. Guru tingkatan diminta menyerahkan fail aku janji.

3. Pencerapan dan semakan buku pelajar akan bermula pada awal April 2010

KLINIK MATEMATIK TINGKATAN 3

Kelas anjuran GPK Akademik (Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin) dibiayai oleh PIBG SMKSC
Pn. Zaida bt Mohd. Zi

Pn. Wan Supiah bt Mohd. Yusof

KLINIK BAHASA INGGERIS TINGKATAN 3

Kelas anjuran GPK Akademik dan dibiayai oleh PIBG SMKSC
En. Mohd. Ashraf Reddy b. Abdullah
Pn. Malliga a/p Kumaran

Isnin, Mac 08, 2010

MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-2

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin (GPK Akademik) bertempat di Bilik Mesyuarat SMKSC yang dihadiri oleh 31orang guru. Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus selaku Pengetua turut hadir.



Antara perkara yang telah disentuh ialah:
1. Markah peperiksan selaras 1 sesi pagi hendaklah dihantar selepas cuti
2. Mesyuarat telah mendengar laporan mengenai Klinik BI, Klinik Matematik dan Klinik BM, Laproan SU Peperiksaan Dalaman, Laporan GKMP Kemanusiaan dan GKMP Sains dan Matematik, Laporan Persediaan Kelas Tambahan PMR dan Matematik

Sabtu, Mac 06, 2010

MESYUARAT PELAKSANAAN KEM BINA INSAN

Mesyuarat membincangkan pelaksanaan Kem Bina Insan anjuran bersama Pendidikan Moral SMKSC dan SMK Bkt Sentosa serta Educational Walfare & Research Foundation yang diwakili oleh En. A.K. Muthamil Chelven CEO Hexgen Energy Corp. Sdn. Bhd. (T-shirt biru).

SMK. Sg. Choh diwakili oleh En. Revi Chander, En. Arunasalam, Pn. Letchumy, Pn. Barathei dan Pn. Punitha manakala SMK Bkt. Sentosa diwakili oleh Pn. Subatra dan En. Subramaniam. Program tersebut akan diadakan pada 13/14/15.3.2010 bertempat di SJK(T) Ladang Sg. Choh.

MELUKIS SEPANDUK

Majlis sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 12 Mac 2010 (Jumaat). Antara aturcara program itu ialah Pertandingan Melukis Sepanduk
Pelajar tingkatan 3Cekal sesi pagi sedang melukis sepanduk

Pelajar tingkatan 1Cekal (sesi petang) melukis sepanduk di Surau

KELAS TAMBAHAN ICT TINGKATAN 5


Mereka menyiapkan kerja kursus untuk bidang multimedia. Kelas bermula jam 9.30pagi - 1.00tengahari dengan dihadiri oleh 6 daripada 10pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT

KURSUS KEPIMPINAN


Ceramah kepimpinan telah disampaikan oleh En. Azman b. Mohd. Yusof, (KJ Kejuruteraan dan Kemahiran), Kolej Komuniti Hulu Selangor




Pn. Nor Hapipah bt Abu Haniff (GPK HEM), menyampaikan cenderahati kepada penceramah En. Azman b. Mohd. Yusof, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, Kolej Komuniti Hulu Selangor diiringi oleh Pn. Jaharah bt Abdul Kader setelah tamat kursus

Jumaat, Mac 05, 2010

AGIHAN KOMPUTER DELL

Komputer DELL yang telah diagihkan untuk Panitia KHB 1Sehingga kini panitia-panitia yang telah menerima komputer seperti di atas ialah Panitia Pendidikan Seni Visual (2buah), masing-masing sebuah untuk Panitia KHB, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Fizik, Panitia PJPK dan Badan Pengawas serta GKMP Kemanusiaan. Sebuah komputer jenama NEC telah ditempatkan di Bilik Tayangan PSS untuk kegunaan P&P. Kesemua komputer tersebut telah ditempah lebih awal iaitu pada Nov. 2009. Panitia Pendidikan Moral, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta KHB 2, juga akan menerima set komputer seperti di atas


PREVENTIVE MAINTENANCE

Nik Khairi Zainal dan Muhd. Haziq dari KUB Sdn Bhd membuat "preventive maintenance" Laptop Lenovo dan Projektor Mitsubishi untuk Fasa 6

UJIAN SELARAS I SESI PAGI

Pelajar sedang menjawab soalan Kertas peperiksaan Pendidikan Moral dan Pengetahuan Agama Islam



PROGRAM BACAAN YASIN SESI PAGI DAN PETANG



Program bacaan Surah Yasin telah diadakan pada jam 7.15pagi - 7.30pagi untuk pelajar dan guru Islam sesi pagi

Pelajar perempuan bersama guru perempuan Islam membaca Surah Yasin di surau untuk sesi petang pada jam 2.10ptg - 2.25petang (gambar bawah)

LATIHAN RUMAH SUKAN

Perhimpunan sebelum memulakan latihan rumah sukan
Larian 100m Rumah Hijau sesi petang
Larian 100M rumah hijau sesi pagi
GAMBAR-GAMBAR LAIN

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL


Isnin, Mac 01, 2010

CERAMAH PERGIGIAN




Seramai lebih dari dua puluh orang pelajar telah mendengar ceramah pergigian yang telah disampaikan oleh pembantu perubatan

MESYUARAT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 22




Mesyuarat telah menetapkan tarikh Kejohanan adalah pada 31 Mac 2010 yang akan dirasmikan oleh YDP PIBG.

GURU PELATIH UPSI



Tiga orang guru pelatih UPSI telah datang menjalankan praktikum di SMKSC untuk tiga bulan.
Mereka ialah Cik Siti Rahmah binti Dain, Cik Nor Azilah binti Mustaffa dan Cik Rosnani Ibrahim


Muhammad Irfan B. Khairias telah mendapat tempat ke enam dalam kejohanan catur peringkat Daerah Hulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada beliau.