SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Julai 22, 2011

BAIKPULIH BUMBUNG KANTIN

Kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja baikpulih bumbung kantin


Khamis, Julai 21, 2011

KURSUS MOTIVASI PEMIMPIN PELAJAR

Ketua Pengawas memberi penjelasan kepada pengawas yang akan mengikuti kursus kepimpinan di MSU

KEJOHANAN BOLA SEPAK OLIMPIK MUDA 2011

En. Bakhtiar mengedarkan borang kebenaran ibu bapa kepada pemain bola sepak yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Sepak Olimpik Muda yang akan diadakan di SMK Dato' Hj. Kamaruddin pada 25/7/2011

Selasa, Julai 19, 2011

YAYASAN TEACH FOR MALAYSIA

Kelihatan dari Kiri, En. Othman b. Mohd (Pensyarah Kanan IAB), Pn. Wan Zakiah (Pensyarah Kanan IAB). Pn. Mazlah bt Hussein (Pengetua) mengalu-alukan kedatangan mereka dan Petugas Yayasan Teach For Malaysia Dari kiri, Joanna Lim (Traning Director) dan Charu Agarwal (Traning Assosiate) - ke dua-dua mereka dari Yayasan Teach For Malaysia menerangkan prosedur pelaksanaan Program Kelas Intensif Bahasa Inggeris dan Matematik pada musim cuti sekolah penghujung tahun ini

Program Teach For Malaysia merupakan program yang berbentuk global, telah dilaksanakan di dua puluh buah negara di dunia. Dalam RMK ke 10, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dan guru di Malaysia. Justru itu, IAB terlibat memberi latihan kepada pemimpin sekolah serta menyediakan modul pengurusan yang melibatkan padagogi. SMK. Sg. Choh merupakan salah sebuah sekolah dari lima buah sekolah yang berhampiran IAB terpilih melaksanakan program ini.
Cadangan jadual pelaksanaan Kelas Intensif

KELAS INTENSIF

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein menerangkan mengenai Kelas Intensif Bahasa Inggeris dan Matematik untuk tingkatan 2Cekal, 2Dedikasi, 4C (Perdagangan) dan 4D (Seni) pada cuti hujung tahun ini selama 4minggu

Program yang akan dilaksanakan itu merupakan program bersama antara Yayasan Teach For Malaysia dan Institut Aminuddin Baki (IAB)

PROMOSI PESTA RIA AMAL

Promosi PESTA RIA AMAL anjuran SMK. Bandar Sg. Buaya telah diadakan di tapak perhimpunan.


Persembahan lebih kurang sepuluh minit itu memberi gambaran situasi jualan dan penerangan sedikit sebanyak aturcara pesta berkenaan yang akan dilangsungkan pada 30/7/2011 depan

SAJAK BAHASA INGGERIS

Pemenang penyampaian sajak dalam B. Inggeris menyampaikan persembahan mereka di pentas perhimpunan semasa perhimpunan pagi

Isnin, Julai 18, 2011

KERJA-KERJA BAIKPULIH



En. Amli b. Mad Ros dari Syarikat FIZAMI CONSTRUCTION, merupakan bekas pelajar SMK. Sg. Choh. Beliau telah diarah oleh Tn. Hj. Yusof Hanif (Setiausaha Politik, Tan Sri Muhyuddin) membaikpulih kerosakan bumbung bangunan Blok F, bumbung kantin, bumbung Blok C, bumbung Bengkel KHB, pelampong tangki air Blok F dan pelampong tangki air antara Blok C dan Blok D.

UCAPAN GPK KOKURIKULUM

Pn. Norlia bt Abu Bakar mengingatkan pelajar agar bersedia untuk peperiksaan percubaan. Pada hari Rabu ini akan diadakan latihan perhimpunan bulanan unit beruniform diketuai oleh KRS selepas itu pelajar dikehendaki membuat kerja-kerja penambahbaikan carta organisasi unit beruniform, persatuan dan kelab serta permainan. Mereka juga dikehendaki membersihkan kelas

KELAS TERBERSIH MINGGU LALU

Kelas terbersih Menengah Rendah disandang oleh tingkatan peralihan


Kelas terbersih Menengah Atas disandang oleh tingkatan 5B Ke dua-dua piala pusingan telah disampaikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK Hal Ehwal Murid)

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU

En. A.Azhan berharap keceriaan kelas hendaklah dipertingkatkan, pengawas perlu bertugas lebih dedikasi dan Pelajar PPU diminta memberi ruang kepada pelajar menengah rendah menggunakan tempat duduk di kantin sewaktu rehat.

UCAPAN GURU BERTUGAS

Pn. Barathei berucap mengenai makanan seimbang. Pelajar perlu minum 2liter air dan makan serat serta ulam-ulaman

Ahad, Julai 17, 2011

TAKLIMAT KOLOKIUM

En. Sukor menerangkan mengenai prosedur kerja, aspek penilaian dan persembahan pembentangan 14kumpulan pelajar PPU yang akan membentangkan kajian ilmiah masing-masing pada minggu depan.

PROGRAM NILAM

Pn. Azilah bt Jais menerangkan mengenai Program NILAM. Pelajar diminta merekod apa yang telah dibaca, hantar kad NILAM tersebut pada minggu akhir setiap bulan untuk memilih pelajar yang paling banyak membaca buku bagi bulan tersebut

Rabu, Julai 13, 2011

GOTONG ROYONG PERDANA

Mengambil kedatangan pelajar sebelum Program Gotong Royong Perdana

Mengambil kedatangan buat kali ke 2 setelah program tersebut tamat.
Pekerja swasta turut membersihkan kawasan luar pagar

Terima kasih kepada semua murid/pelajar, guru, kakitangan sekolah dan swasta yang telah menjayakan program ini

KERJA-KERJA BAIKPULIH

Mohd Izawi b. Sulaiman, bekas pelajar tingkatan 5, tahun 1999 telah bersetuju membaiki pintu grill Blok F dan Pentas Perbarisan Kawad Hormat Membaiki pentas acara sukan dan perbarisan menerima kawad hormat Terima kasih atas sumbangan yang telah dicurahkan untuk SEMESCO

Selasa, Julai 12, 2011

RAWATAN GIGI

Terima kasih kepada jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Serendah yang diketuai oleh Pn. Adibah Hamid. Mereka telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi khusus untuk merawat dan memeriksa kesihatan gigi para pelajar SEMESCO.


MINGGU ANTIDADAH

Pn. Siti Shanaz mengumumkan bahawa setiap kelas dikehendaki mewujudkan sudut pameran yang berkaitan dengan antidadah. Ini merupakan suatu pertandingan antara kelas. Penilaian pertandingan berdasarkan kepada kreativiti, informasi terkini mengenai dadah dan kebersihan kelas. Pertandingan bermula pada 18/7/2011 hingga 29/7/2011

BUKU BACAAN

Norasiah pelajar PPU menyampai intisari buku yang telah beliau baca dalam Bahasa Inggeris


Isnin, Julai 11, 2011

MESYUARAT PROGRAM SEKOLAHKU SAYANG

Mesyuarat Program SekolahKu Sayang kali ke 2 telah dihadiri (dari kanan) En. Mohd. Radi (YDP PIBG), En. Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua), En. Mahazir b. Yusof (Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Selangor) dan
En. Muhammad Rizal (Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Selangor)

MESYUARAT PROGRAM SEKOLAHKU SAYANG

Mesyuarat Program SekolahKu Sayang telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Rizal b. Redzuan Penolong Pengarah (PKPM) Jabatan Penerangan Selangor. Turut hadir ialah En. Mustafa - Pengawai Penerangan Daerah Hulu Selangor. Mesyuarat bermula jam 9.45pagi di Bilik Mesyuarat. Pn. Hjh. Nor'aini mewakili Pengetua
En. Mohd. Mu'izzuddin b. Rengga - Pen. Pengarah Bahagian Even dan Awareness SKMM dan Pegawai dari Filem Negara Malaysia turut hadir

UCAPAN PENGETUA



Pn. Hjh. Mazlah berharap agar pelajar mencatat sebarang maklumat yang disampaikan oleh guru bertugas mengikut topik yang telah ditetapkan. Beliau juga menjelaskan bahawa pencapaian prestasi peperiksaan pertengahan tahun 2011 di tahap yang tidak memuaskan malah jauh daripada sasaran yang diharapkan. Beliau berharap pelajar sentiasa bersedia untuk belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

LAPORAN GURU BERTUGAS



Pn. Maizatulakmam selaku guru bertugas minggu lepas telah menjelaskan bahawa:
1. Dua orang pelajar telah dibawa keluar oleh ibu bapa mereka masing-masing kerana masalah keluarga
2. Pelajar dikehendaki mengubah sikap agar sentiasa rasa bertanggungjawab dan peka terhadap tahap kebersihan kelas

Isnin, Julai 04, 2011

PERTUKARAN GURU

Cik Nur Suriya ke SMK. Selayang Baru Cik Mas Erwina ke SMK. Subang Bestari
Pn. Halimah Edueng ke SMK. Bukit Sentosa

Pertukaran mereka telah diumumkan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin

Sabtu, Julai 02, 2011

1MURID 1SUKAN MALAYSIA



Program Larian 1Malaysia telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Sameon b. Hj. Sidek, mewakili PPD Hulu Selangor



Jumaat, Julai 01, 2011

MAJLIS PENUTUP MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Majlis ringkas penutup Minggu Teknik dan Vokasional telah diadakan ditapak perhimpunan. Penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan mengikut mata pelajaran teknik dan vokasional turut disampaikan oleh Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein
Pn. Sarina bt Shaari (GKMP TV) mengumumkan penutupan Minggu Teknik dan Vokasional