SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, April 16, 2009

MENYEMBAH BUMI

Kejadian yang tidak disangka-sangka. Rekahan dahan pokok hujan-hujan, menghempap bumbung perhentian bas di hadapan sekolah menyebabkan seluruh bumbung perhentian bas tersebut menyembah bumi. Kejadian berlaku pada petang Khamis (16.4.09). Tiada apa-apa kecederaan dilaporkan. Diharap pihak yang berwajib terutama Majlis Daerah Hulu Selangor, dapat menyegerakan pembersihan dan pembinaan semula perhentian tersebut untuk kegunaan pelajar menunggu ibu bapa atau menunggu bas. Perhentian bas tersebut juga digunakan oleh masyarakat sekitar.