SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Mei 09, 2009

KARNIVAL PANDU PUTERI

Pada 18 April 2009, tiga orang ahli pandu puteri, Nur Aiuny (5A),
Nurul Aznida (5A) dan Nurul Amaliyah (5B) dengan guru pengiring
Pn. Raja Zanariah dan Pn. Roslaini, telah menyertai Karnival Bazar 2009
anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor, bertempat
di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. SMK Sg Choh dan SMK Bandar Baru
Batang Kali telah ditugaskan untuk menjaga gerai peraduan teka kacang.
Pelbagai gerai terdapat di karnival tersebut yang merupakan program
jualan amal mengutip duit untuk membina bangunan Pandu Puteri
Negeri Selangor.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Sultan Selangor),
YAM Tengku Puan Indera Setia Selangor Tunku Irinah Bt.
Tengku Jaafar (Yang Di Pertua cawangan) dan juga
Tengku Puteri Nor Zehan Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj turut hadir.