SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, Julai 21, 2009

MAJLIS PERHIMPUNAN WARGA PENDIDIK KPM





Pada 21 Julai 2009 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah berlangsung Majlis Perhimpunan Warga Pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetamu Kehormat ialah YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan beliau telah memberikan ucapan selama hampir sejam. Diikuti dengan taklimat dan dialog oleh Y Bhg Tan Sri Alimuddin Bin Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Dalam taklimat ini, YAB Tan Sri Muhyiddin telah menggariskan

1) Penetapan 10 matapelajaran sahaja dalam SPM bermula dari tahun 2010 kecuali sekolah agama - 11 matapelajaran

2) Syarat wajib lulus Matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM (yang belum ditetapkan bila)

3) Pemansuhan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik iaitu PPSMI bermula dari tahun 2012 - Iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris - MBMMBI

SMKSC telah diwakili oleh Pengetua dan Guru Kanan Sains dan Matematik - Pn Wan Supiah.