SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Oktober 05, 2009

KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI

Seorang pelajar, Mohd. Khairul Nizam b. Mohamad tingkatan 4C, kini berada di wad ICU tingkat 3, Hospital Sg. Buluh. Beliau telah dipukul di hadapan Cybercafe Pasar Rawang pada Sabtu (3.10.09) , jam 5.45petang. Motif kejadian dendam dan salah faham semasa berada di dalam Cybercafe tersebut. Seluruh warga SEMESCO turut rasa simpati atas kejadian itu. Pn. Alimah, En. Ashraf dan En. Kamarulzaman telah melawat beliau dan menyampaikan surat pengesahan pelajar serta sumbangan RM100 dari PIBG kepada keluarga beliau yang berada di wad tersebut. Beliau masih dalam keadaan koma dan akan dilakukan pembedahan kali ke dua di bahagian kepala untuk mengeluarkan darah beku. Seluruh warga SEMSECO mendoakan agar beliau cepat sembuh.