SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Disember 23, 2010

Rombongan 1 Malaysia 1 Gagasan Impian






















Pada 21/12/2010, iaitu pada hari Selasa yang lalu telah diadakan Rombongan 1 Malaysia 1 Gagasan Impian. Aktiviti 2 hari 1 malam ini adalah anjuran pihak PIBG SMK Sungai Choh yang bertujuan untuk mengisi masa lapang dan menyuntik semangat kenegaraan di kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Di samping itu, para pelajar juga dapat menimba ilmu secara tidak langsung daripada lawatan tempat-tempat bersejarah di Melaka. Rombongan ini disertai oleh seramai 30 pelajar Tingkatan Lima, 30 pelajar Tingkatan Enam, 5 guru dan seorang wakil PIBG. Guru-guru yang terlibat Pn Noraini Muin, Pn Wan Supiah, Pn Raja Zanariah, Pn Shanaz dan En Ahmad Bukhari manakala wakil PIBG ialah En Nordin. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, aktiviti bersantai di pantai, berkayak, menaiki feri dan melawat tempat -tempat bersejarah.