SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Januari 02, 2010

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN 2010

Pn. Norjihan bt Mohammed, selaku pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan pelajar
GPK Petang, Pn. Norlia bt Abu Bakar, sedang memberi taklimat mengenai peraturan sekolah, sesi persekolahan dan bayaran yuran yang perlu dijelaskan oleh ibubapa.

GPK KOKO, Pn. Alimah bt Abu Noh dalam ucapannya mengingatkan dan menerangkan mengenai penilaian KOKO untuk ke IPTA serta aktiviti sukan, permainan, unit beruniform serta kelab-kelab yang ditawarkan kepada pelajar untuk menceburinya.

GPK Akademik, Pn. Hjh. Noraini bt Abdul Muin turut mengingatkan pelajar mengenai masalah disiplin dan pencapaian akademik sekolah.

Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus (Pengetua) sedang menyampaikan ucapan. Beliau mengingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Beliau juga berharap ibubapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha membentuk keperibadian pelajar.

Kelihatan pelajar sedang mendengar taklimat. (gambar atas dan bawah)
Sebahagian ibubapa yang mengambil kesempatan membeli buku tulis di koperasi

Pelajar tingkatan 1Cekal yang telah mengambil buku teks