SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Februari 04, 2010

PENGARAH JPN SELANGOR KINI

Inilah Pengarah baru JPN Selangor mulai 1 Februari 2010. Tuan Sulaiman bin Wak, beliau adalah Mantan Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selamat datang kepada beliau ke JPN Selangor, semoga kehadiran beliau ke Selangor akan meningkatkan lagi mutu pendidikan dan prestasi pelajaran Negeri Selangor dan terus menjadi pemangkin untuk merealisasikan pendidikan di Selangor terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.


Selamat bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru kepada Dr. Hj. Zahri berkuatkuasa mulai 26 Januari 2010. Yang Berbahagia Dr. Hj. Zahri merupakan seorang pengarah yang lembut tetapi tegas. Beliau tidak gemar dengan MEDIOCRE malahan mahu yang terbaik.