SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, April 23, 2010

Pameran Kesihatan






Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 21/4/2010, telah berlangsung satu pameran kesihatan. Pameran kesihatan ini disertai oleh seramai 28 orang pelajar dari tingkatan 4, 5 dan pra-universiti yang mengambil mata pelajaran biologi. Pameran ini juga disertai oleh seramai 4 orang guru, iaitu Pn. Punita, Pn. Wan Supiah, Pn. Norisah dan En. Ahmad Bukhari. Pameran yang telah diadakan itu dianjurkan oleh Elken di Wisma Elken, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur dan disertai oleh banyak sekolah di Selangor. Terdapat banyak manfaat yang diperolehi oleh para pelajar mahupun guru-guru semasa di sana.