Aduan telah dibuat oleh Penyelaras Makmal kepada BTMK KPM, PSPN dan Syarikat Bayutronik Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Shah Alam mengenai sambungan fiber optik yang tidak disempurnakan. Aduan secara "hard copy" melalui fax ke PSPN juga hingga kini tiada jawapan susulan. Justeru itu, sebagai alternatif untuk mendapatkan capaian ke internet dari pejabat, bilik-bilik pentadbir dan PSS, kita terpaksa menggunakan rangkaian fiber optik sedia ada dari Pusat Akses disambungkan terus ke switch bilik pengetua. Sambungan tersebut telah dibuat oleh En. Mohd. Khairil Hafiz, (Juruteknik Komputer SMKSC)