SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Oktober 30, 2010

PERANAN KAUNSELOR JPS DAN PPD

Tn. Hj. Mohmad Noh b. Sairi, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kaunseling dan Keutuhan, Bahagian Sumber Manusia, KPM, menegaskan bahawa peranan utama kaunselor pentadbir di peringkat JPN dan PPD ialah mengurus kes guru dan kakitangan KPM yang bermasalah agar martabat profesion keguruan khususnya dan mutu perkhidmatan kakitangan sokongan amnya dapat dipertingkatkan. Kini terdapat 50,000 orang guru dan kakitangan bukan guru yang perlu diberi perhatian di Negeri Selangor sahaja.