SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, November 15, 2010

Perkembangan Terkini kerja-kerja baikpulih oleh kontraktor

Kontraktor menyumbang pintu bilik persalinan di dalam tandas baru, dua kipas dinding di pentas Dewan Wawasan dan beberapa kerja baikpulih yang lain.

Pn. Hajjah Nor'aini Bt Abdul Muin, Pemangku Pengetua, sedang memantau tandas baru yang telah siap.


Tandas baru yang telah disiapkan oleh kontraktor.

Kontraktor dan guru pemantau, En. Revi Chander, telah membuat lawatan susulan ke tandas Blok F dan saliran air sudah berfungsi.

Pemangku pengetua, bersama kontraktor dan En. Nordin (Wakil PIBG) telah melihat pintu rumah pam, pihak kontraktor telah berjanji akan menggantikannya dengan yang baru.

Pihak kontraktor bersama Pemangku Pengetua, En. Nordin (Wakil PIBG) telah melihat keadaan wayar penebat bumi dan berjanji akan mengambil tindakan untuk menutupnya demi keselamatan.

Saliran air ke tandas Blok F telah dibaikpulih.