SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Mac 28, 2011

KERJA PENYELENGGARAAN

Tn. Hj. Ismail b. Jali merupakan kontraktor Kelas F yang juga bekas pelajar SMKSC. Beliau bersetuju menyumbang tenaga membersihkan kawasan serkahan dahan dan pokok yang mengganggu laluan pelajar yang melalui gajah menyusur untuk pergi dan balik ke Blok F. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau menyumbangkan tenaga berserta dua orang pekerja dan pengangkutan. Jasa beliau tetap dikenang. Semoga akan ada lebih ramai lagi bekas pelajar sekolah kita yang mengikut jejak langkah beliau berbuat demikian. Ke dua-dua pekerja beliau juga merupakan bekas pelajar sekolah kita.