Tazkirah ringkas pagi Jumaat kali ini disampaikan oleh Ustazah Shafinaz di tapak perhimpunan mengenai bagaimana menjaga hati. Hati kita amat perlu dijaga agar terhindar dari sifat iri hati, tidak sombong dengan kelebihan yang kita ada. Beliau menegaskan bahawa untuk menjaga dan mendidik hati agar jauh dari sifat-sifat keji, kita perlu banyak mengingati ALlah, banyak baca Quran dan selalu ingat akan mati. Oleh itu, jadilah anak yang baik, tidak mengikut bisikan syaitan yang menyeru kepada berbuat kejahatan dan maksiat.