SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, April 14, 2012

LADAP

Pn. Hjh. Rosnah bt Zali menerangkan mengenai pelaksanaan "PROGRAM GURU PENYAYANG" pada 16.4.2012 (Isnin). Objektif pelaksanaan amalan penyayang ialah mewujudkan suasana harmoni, hormat menghormati, tidak pilih kasih, sabar dengan kerenah pelajar, menegur pelajar dengan berhemah, guru membawa masuk pelajar ke kelas selepas perhimpunan, peka dan mengambil kira kebajikan pelajar agar pelajar merasakan sekolah adalah tempat yang selamat


Seramai 78orang pelajar telah dikenalpasti sebagai pelajar berkeperluan tinggi. Oleh itu, "Program Mengapa Kita Pergi Sekolah" dan 'Program Berani Buat Berani Tanggung' akan dilaksanakan. Guru-guru akan diberi seorang mentee dalam program Mentor Mentee Anakku Sayang