SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Julai 02, 2012

UCAPAN GURU BERTUGAS

Guru Bertuga minggu ini ialah Pn. Maizatulakmam dan En. Musalli
Tajuk Ucapan: CIRI-CIRI KUALITI MENJADI PEMIMPIN
Pn. Maizatul telah mengambil petikan kata-kata mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir b. Mohammad yang telah menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik iaitu:
1. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar
2. Pemimpin mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin
3. Pemimpin tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan
4. Pemimpin harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5. Pemimpin patut tahu bagaimana menendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain
6. Pemimpin patut bersedia untuk melakukan apa-apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepimpinan melalui teladan
7. Pemimpin perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding dengan orang yang berada di bawah pimpinannya.