SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Oktober 22, 2012

SUMBANGAN KOMPUTER

Pn. Hjh. Mazlah mewakili seluruh warga SEMESCO mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan Komputer oleh Bank Rakyat. Selain itu, Yayasan Bank Rakyat melalui Bank Rakyat Cawangan Rawang turut memberi bantuan dana, membiayai perbelanjaan untuk Program Seminar Cemerlang Akademik 2012 di PERODUA, dan Sumbangan Ihya Ramadan 2012.
Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang, Pn. Haniza bt Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon SPM dan STPM 2012.   Beliau mewakili Yayasan Bank Rakyat berharap supaya pelajar cukup bersedia untuk peperiksaan dan pihak Bank Rakyat sentiasa akan terus memberikan kerjasama keapada SEMESCO
Pn. Haniza bt Ibrahim (Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang) diiringi oleh En. Hamdan b. Yahya (Pen. Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang) menyerahkan Sebuah Komputer sumbangan Bank Rakyat kepada Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein dan disaksikan oleh Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin
Pn. Hjh. Mazlah bt Hussin menyerahkan cenderahati SEMESCO kepada Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang.