SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, November 01, 2012

SUMBANGAN PERDANA MENTERI

Satu majlis ringkas, penyerahan sumbangan berupa alat tulis kepada calon SPM yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai Isnin minggu depan. Sumbangan tersebut merupakan ingatan tulus ikhlas dari YB. Dato' Najib, Perdana Menteri Malaysia kepada calon SPM, telah disampaikan oleh YB. Dato' Mohd Isa (ADUN Batang Kali) di Dewan Bestari. Warga SEMESCO mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

YB. Dato' Mohd. Isa bersama rombongannya, berucap sebelum menyerahkan sumbangan kepada pelajar. Beliau menyampaikan amanat Perdana Menteri agar bersiap sedia menghadapi peperiksaan 

YB. Mohd. Isa menyerahkan alat tulis kepada salah seorang calon SPM




Pn. Norlia bt Abu Bakar mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah disampaikan sebelum YB. Dato' Mohd. Isa beredar meninggalkan SEMESCO