SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, April 08, 2013

Perhimpunan Rasmi Mingguan

 En Mohd Aziz selaku guru bertugas mempengerusikan perhimpunan rasmi mingguan. Pada hari ini juga diadakan majlis watikah pelantikan PRS dan PSS

 Pn Hjh Jamilah, Pengetua SMK Sungai Choh memberikan ucapan perasmian untuk majlis watikah pelantikan PRS dan PSS

 Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada PRS dan PSS



 Pengawas PSS menerima watikah pelantikan daripada Pn Pengetua


 Selesai acara pemberian sijil, pengawas PSS dan PRS membaca ikrar akujanji untuk sedia menjalankan amanah yang telah diberikan dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.

 Perhimpunan rasmi diteruskan dengan pemberian pingat kepada Neeshanthi tingkatan  1 Delima. Pelajar ini telah berjaya merangkul pingat emas dalam Kejohanan Badminton Daerah Hulu selangor. Pelajar ini memenangi kategori single dan double bagi kategori bawah 15 tahun.

 Nuraini berjaya mendapat pingat emas dalam kategori double, berpasangan dengan Neeshanthi.

 Pn Hjh Jamilah dan Pn Norlia bergambar bersama pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah. Neeeshanthi berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri Selangor. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan.

 Penyampaian hadiah bagi pemenang Perlawanan Bola Jaring, Bola sepak dan Bola Tampar antara guru-guru dan pelajar PPU



 Pada hari ini juga, sekolah kita amat bertuah kerana telah menerima empat orang pelajar daripada Indonesia sebagai anak angkat. Mereka terlibat dengan program pertukaran pelajar Indonesia dan Malaysia. 

Pelajar-pelajar ini akan menjalani rutin sebagai pelajar di SMK Sungai Choh selama seminggu bermula pada hari ini dan berakhir pada 12/4/2013. SELAMAT DATANG DIUCAPKAN!!!