SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Jun 10, 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

 Pn Faridah Hanum selaku guru bertugas pada minggu lalu (sebelum cuti pertengahan tahun) menyampaikan laporan bertugas mingguan

 Pn Suhana selaku guru bertugas pada minggu ini menyampaikan ucapan kepada para pelajar.

 En Sabri menyampaikan maklumat mengenai Kejohanan Olahraga peringkat sekolah yang akan diadakan pada akhir Jun. Latihan rumah sukan akan bermula esok, 11 Jun 2013 pada jam 3.00 petang

 Pelajar-pelajar tekun mendengar amanat dan maklumat yang disampaikan oleh guru-guru 


 Guru-guru semesco yang bersemangat memulakan pengajaran pada hari ini setelah bercuti selama 2 minggu

Pn Fuziah Hanim menyampaikan maklumat mengenai aktiviti Unit Beruniform Puteri Islam. Pada 3 Jun hingga 7 Jun yang lalu, seramai 4 orang pelajar Puteri Islam sekolah kita telah terpilih untuk munyertai Karnival Pergerakan Puteri Islam Peringkat Kebangsaan di Waterfront Kangar Perlis.

 Pn Norlia mengiringi Pn Jamilah untuk menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada pelajar Puteri Islam yang terpilih.

 Unit Beruniform Puteri Islam Negeri Selangor telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan debat dan tempat kelima dalam pertandingan masakan yang diwakili oleh pelajr-pelajar semesco. Tahniah diucapkan.

Pn Jamilah, pengetua semesco sedang menyampaikan amanat kepada para pelajar. Beliau memberi peringatan kepada pelajar-pelajar mengenai kekemasan diri untuk ke sekolah, terutamanya pemakaian tali leher dan potongan rambut pelajar lelaki.