SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Ogos 21, 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada hari ini telah diadakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan. Sepanjang bulan kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti dan pertandingan akan diadakan. Kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar amat penting untuk memastikan semangat patriotiuk terus menyinar dalam sanubari warga Malaysia. Dalam majlis ini, Puan Hashnaniliza adalah pengacara untuk memastikan majlis berjalan lancar.



 Bacaan doa oleh wakil pelajar







Seterusnya adalah ucapan perasmian Puan Alimah, dan beliau turut menyampaikan sijil kepada guru dan pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum




Puan Haleeza mendapat Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Peringkat Daerah Hulu Selangor tahun 2013. Tahniah diucapkan !


Fauzeen Atira Bt Mohd Roseli mendapat Anugerah Pelajar Menengah Cemerlang Kokurikulum 2013. Tahniah diucapkan !

Majlis diteruskan dengan pemberian jalur gemilang kepada semua tingkatan sebagai simbolik bulan sambutan kemerdekaan smk sungai choh












Majlis diteruskan denagn persembahan sajak daripada pelajar PPU


Untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik, para pelajar dan guru-guru turut sama menyanyikan 2 buah lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos