SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, September 02, 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Unit HEM SMK Sungai Choh dengan kerjasama Unit Kebajikan, telah mengumpulkan sumbangan daripada warga semesco untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Hari ni, sumbangan diberikan kepada Nyak Abu Bakar, iaitu bapa kepada Nyak Azizan, pelajar 2 Delima yang koma di Institut Saraf HKL. Sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga. kami, warga SMK Sungai Choh mendoakan Nyak Azizan agar sembuh seperti sediakala dan dapat meneruskan pembelajaran di sini semula.



 Puan Pengetua turut menyampaikan sumbangan kepada Nur Farihah, kakak kepada  Nyak Azizan untuk membeli sepasang kasut sekolah.