SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Januari 20, 2014

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN




 Ucapan guru bertugas minggu ini, Pn Maizatul Akmam Bt Md Saud. Tajuk yang disampaikan adalah "Ancaman Jenayah".. Para pelajar diminta berhati-hati dengan persekitaran kerana ancaman jenayah boleh berlaku di mana-mana. Pelajar juga diingatkan supaya tidak terlibat dengan apa-apa jenis jenayah kerana boleh menjejaskan masa depan pelajar. Pengumuman lain yang diberikan adalah mengenai mesyuarat agong PIBG akan diadakan pada hari Sabtu, 8 Februari jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh ADUN Batang Kali, YB Ahmad Nazari Bin Ahmad Dahalan. Sehubungan itu, para pelajar diminta memberitahu kepada ibu bapa masing-masing untuk hadir pada tarikh tersebut dan menghantar usul pada minggu ini kepada guru tingkatan masing-masing 




Pn Normawati memberi makluman mengenai program i-Think yang akan diadakan bermula hari ini. Para pelajar akan ke dewan mengikut jadual seperti berikut :

                               Isnin : Pelajar Tingkatan 1
                               Selasa : Pelajar Tingkatan 2 dan 3
                               Rabu : Pelajar Tingkatan 4 dan 5
                               Khamis : Pelajar Tingkatan 6


Ucapan Pentadbir, Tn Hj Sameon Bin Hj Sidik GPK HEM. beliau memberi taklimat mengenai pemberian wang bantuan persekolahan RM 100 yang akan diadakan pada hari ini bermula jam 11.00 pagi. Para pelajar diingatkan supaya menjaga disiplin dan tingkah laku mereka sepanjang program ini berlangsung. Para pelajar juga tidak dibenarkan pulang bersama ibu bapa masing-masing. Waktu tamat persekolahan adalah 2.30 petang.