SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Julai 14, 2017

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


Pada 14 Julai 2017 telah diadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di SMK Sungai Choh. Sambutan ini bermula pada pukul 10.30 pagi memandangkan berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum itu. Majlis bertambah meriah dengan kesudian murid-murid membawa kuih-muih serta makanan hari raya untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Murid-murid juga kelihatan kemas dan segak mengenakan baju raya masing-masing.