SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, April 09, 2018

MAJLIS WATIKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PELAJAR (SESI PETANG)



Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Pengawas (P), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan sesi petang telah diadakan pada 9 April 2018 bertempat di Dewan SMK Sungai Choh. Encik Abd Sukor bin Yusof telah sudi hadir untuk menyampaikan watikah pelantikan ini yang bermula pada pukul 1 tengah hari. Dengan adanya majlis ini, diharapkan semua penerima watikah dapat meningkatkan komitmen mereka dalam menjalankan peranan masing-masing sebagai Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber dan ketua serta penolong ketua tingkatan. Pemimpin-pemimpin pelajar diharapkan dapat meningkatkan potensi diri serta menunjukkan komitmen yang tinggi supaya menjadi “role model” kepada semua pelajar SMK Sungai Choh.