SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH
Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Pagi Isnin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Pagi Isnin. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 02, 2012

PERHIMPUNAN PAGI ISNIN

Pn. Hjh. Nor'aini mengingatkan calon STPM, SPM dan PMR agar bersedia untuk mencapai matlamat dan tujuan mereka datang ke sekolah

Pn. Punitha selaku  guru bertugas minggu ini menyampaikan ucapan bertajuk 'peranan rakan sebaya'
Pn. Alimah bt Abu Noh mengingatkan pelajar agar meneruskan kecemerlangan sekolah, mengekalkan kebersihan tandas, mengekalkan kebersihan kelas dan beliau sangat berharap agar pelajar makan dikantin sahaja
Pn. Rohaizah menyampaikan laporan guru bertugas minggu lalu (24.9.2012 hingga 28.9.2012)

Isnin, November 01, 2010

PERHIMPUNAN PAGI ISNIN

Pn. Hjh. Nor'aini dalam ucapannya, mengingatkan pelajar tingkatan 5 dan PPU-Atas (tingkatan 6) agar menggunakan masa yang terdekat untuk lebih "serious dan fokus" terutama mengulangkaji pelajaran agar mereka mempunyai sikap yakin diri dan boleh menjawab soalan dengan baik semasa peperiksaan nanti.

Isnin, April 05, 2010

PERHIMPUNAN PAGI

Hadiah kepada pemenang sukan telah disampaikan oleh Pn. Pengetua. Beliau turut mengumumkan bahawa PIBG akan menganjurkan lawatan sehari ke Angkasapuri (RTM) dan Muzium Negara kepada 70orang pelajar yang menang acara sukan serta 7 orang guru. Di samping itu, PIBG juga turut akan memberi sumbangan kepada 10orang pelajar terbaik dalam akademik setiap tingkatan. "Ini merupakan satu motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik" katanya. Terima kasih kepada kepimpinan PIBG SMKSC yang telah menyumbangkan peruntukan di atas