SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Mac 26, 2010

BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN

Sugumaran a/l Subramaniam Pelajar Tingkatan 1, SMK. Sg. Choh dari sesi petang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Sentosa pada 16/03/2010. Bapa dan dua orang pembonceng termasuk Sugumaran mengalami kecederaan parah. Panitia Pendidikan Moral SMK. Sg. Choh dan pelajar-pelajar sesi petang telah menghulurkan bantuan berupa barang runcit kepada keluaga Sugumaran di Taman Bukit Teratai. Pada 26/3/2010 (Jumaat) En Revi Chander, selaku Ketua Panitia Pendidikan Moral dan dua orang pelajar tingkatan 4, (Ganesh dan Devenren Rao) telah menyampaikan barang-barang tersebut pada pukul 3.50 petang dirumah mereka.
Ibu Sugumaran menerima sumbangan barangan runcit

Keadaan bapa Sugumaran

Adik Sugumaran
Kepada para pembaca yang mengikuti blog ini "Berhati hatilah di jalanraya"

PEMASANGAN LCD DI BILIK UBK


Dua orang juruteknik elektrik sedang memasang LCD di Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Ujian paparan skrin setelah LCD siap dipasang

PROGRAM BACAAN YASIN

Amirul Hafiz b. Kamarulzaman (PPUAB) sedang mengetuai bacaan Yasin sementara doanya dibaca oleh Ustaz Mohd. Zabidi



PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

En. Revi mengingatkan pelajar agar bersedia menghadapi apa jua cabaran, menerima perubahan untuk mengikut arus perdana negara. Beliau juga mengingatkan kepada pelajar agar merubah sikap terutama setelah mengikuti kursus bina insan yang lalu



Khamis, Mac 25, 2010

SEMANGAT KESUKANAN


Beberapa orang pelajar sedang menyiapkan kain rentang rumah hijau

Persembahan kumpulan rumah biru

BANTUAN KEWANGAN

Sugumaran a/l Subramaniam tingkatan 1Cekal ditemani oleh Bapa Saudaranya, sedang menerima sumbangan berjumlah RM180.00 hasil kutipan guru-guru dan pelajar sesi petang. Beliau bersama bapanya telah terlibat dalam kemalangan dan telah menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian perutnya Puan Pengetua, Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus menyampaikan sumbangan kepada Sugumaran disaksikan oleh GPK Petang, Pn. Norlia Abu Bakar, Pn. Rohaizah bt Ishak (Pen. GPK Petang) dan rakan-rakan beliau serta bapa saudaranya (Gambar atas). Terima Kasih kepada seluruh pelajar dan guru-guru sesi petang yang telah sudi menghulurkan bantuan kewangan

PPUAA CHEMISTRY

NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2010

Pelajar tingkatan 4 Sains mengambil ujian "National Science Challenge 2010" anjuran Akademik Sains Malaysia




KADET BOMBA

En. Revi Chander memberi taklimat ringkas kepada ahli Kadet Bomba

BIASISWA


PROGRAM PERKONGSIAN INFO

PRS menyampaikan maklumat mengenai "KRITIKAN" semasa perhimpunan sesi pagi

Rabu, Mac 24, 2010

LAWATAN TN HJ ANUAR PPDHS UNIT PEMBANGUNAN

KURSUS KEPIMPINAN

Unit Kokurikulum SMKSC dibawah Pengurusan Pn. Alimah bt Abu Noh telah menganjurkan Kursus Kepimpinan. Kursus kali ini telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat yang disampaikan oleh FAIS EXCELLENCE TRAINING RESOURCES. Ceramah Kepimpinan telah disampaikan oleh En. Isma Saring. Peserta kursus seramai 68 orang yang terdiri dari Pemimpin Persatuan, Unit Beruniform dan Kelab serta permainan.

GAMBAR DAN LAPORAN SETERUSNYA

Selasa, Mac 23, 2010

PELARI PECUT DAERAH

Azmel b. Yahya (L1) telah memecahkan rekod larian 100m dengan kepantasan 11.03saat mengatasi rekod lama 11.06saat. Beliau berjaya masuk ke peringkat separuh akhir. Tahniah kepada beliau kerana bakal mengharumkan nama sekolah jika beliau berjaya menjadi Johan Daerah. Semoga peserta lain yang tidak berjaya, jangan berputus asa


Terima kasih kepada En. Sabri (Pengurus), Pn. Asmah dan Pn. Siti Shanaz (Guru Pengiring) dan En. A.Rahim (Jurulatih) kerana telah mencurahkan tenaga bakti membawa peserta sekolah ke Komplek Sukan Proton, Tanjong Malim



TERBUKA LELAKI 5000m MSSD

Ganeswaran telah memenangi tempat ke 4, acara terbuka lelaki 5000m. Tahniah atas kejayaan beliau.


GAMBAR DAN LAPORAN SETERUSNYA

KELAS PRAKTIKAL AGAMA ISLAM

Kelas dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Zabidi di ruang bahagian belakang surau

Isnin, Mac 22, 2010

LATIHAN BOLA SEPAK

Latihan perlawanan bola sepak B15 dengan B18 diadakan di padang sekolah

GURU PRAKTIKUM UNISEL


Tiga orang guru pelatih dari Universiti Industri Selangor UNISEL telah mendaftar untuk melakukan praktikum di sekolah ini selama 14 minggu bermula dari 22 Mac hingga 9 Julai 2010. Mereka ialah Cik Aiezatul Ellia bt Mat Aris, Cik Farrah Natasya bt Sulaiman dan Tracy Vianney Ano.

Sabtu, Mac 20, 2010

KELAS TAMBAHAN ICT TINGKATAN 5

Kelas bermula jam 9.10pagi hingga 1.00petang. Seramai 7 daripada 10orang pelajar yang mengambil mata pelajaran ini hadir

Isnin, Mac 15, 2010

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 3

Pn. Wan Safrah - B. Melayu En. A.Azahan b. Adam - Geografi
Pn. Robalkhis - Matematik
En. A.Rahim b. Mohd. Sharif - Bahasa Inggeris

KELAS TAMBAHAN PELAJAR PRA-U

Pn. Maizatulakmam - Bahasa Melayu

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5


Pn. Norlia Bt Abu Bakar - Bahasa Melayu
En. Revi Chandar - Pendidikan Moral
Pn. Eda Edna bt Mohd. Sani - Bahasa Inggeris

Pn. Wan Supiah bt Yusof - Matematik 5D

LATIHAN OLAHRAGA WAKIL SEKOLAH

En. Kamarulzaman, En. Mohd. Roseli dan Guru Pelatih UPSI membantu En. Mohd. Sabri melatih olahragawan dan olahragawati untuk mewakili sekolah ke peringkat MSSD

TUGAS SEORANG STAF SOKONGAN

Pn. Cik Sarini menggunakan kemudahan makmal untuk menjalankan tugas yang memerlukan kemudahan internet secara online

Sabtu, Mac 13, 2010

KELAS TAMBAHAN ICT TINGKATAN 5

Kelas telah dihadiri oleh 8 dari 10orang pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT di Makmal Komputer


Jumaat, Mac 12, 2010

PEMASANGAN LCD

Bilik KHB telah dilengkapi dengan peralatan komputer dan LCD
Juruteknik yang memasang LCD sedang menguji kesesuaian paparan LCD ke skrin di Bengkel KHB

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

Program kali ini telah menampilkan pakaian tradisional Masyarakat India, Pertandingan Ponggal, Pertandingan mengikat Bunga Melur dan Pertandingan menyediakan KOLAM