SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Mac 26, 2010

BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN

Sugumaran a/l Subramaniam Pelajar Tingkatan 1, SMK. Sg. Choh dari sesi petang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Sentosa pada 16/03/2010. Bapa dan dua orang pembonceng termasuk Sugumaran mengalami kecederaan parah. Panitia Pendidikan Moral SMK. Sg. Choh dan pelajar-pelajar sesi petang telah menghulurkan bantuan berupa barang runcit kepada keluaga Sugumaran di Taman Bukit Teratai. Pada 26/3/2010 (Jumaat) En Revi Chander, selaku Ketua Panitia Pendidikan Moral dan dua orang pelajar tingkatan 4, (Ganesh dan Devenren Rao) telah menyampaikan barang-barang tersebut pada pukul 3.50 petang dirumah mereka.
Ibu Sugumaran menerima sumbangan barangan runcit

Keadaan bapa Sugumaran

Adik Sugumaran
Kepada para pembaca yang mengikuti blog ini "Berhati hatilah di jalanraya"