SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Februari 13, 2010

ICT EXTRA CLASS FORM 5

6 of 10 students attended this extra class. They were doing their latest development of networks and communications assessment. Class began at 9.00am until 1.00pm

Jumaat, Februari 12, 2010

LATIHAN MERENTAS DESA SESI PETANG

Pelajar sesi petang telah menjalani latihan merentas desa pada pagi ini
En. Bakhtiar menamatkan sesi memanaskan badan bersama guru pelatih UPSI sebelum latihan merentas desa bermula
Peserta perempuan pertama (berbaju merah)


Peserta lelaki pertama
LAPORAN SETERUSNYA


PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

En. Arunasalam telah mengingatkan pelajar bahawa mereka terpaksa
menyesuaikan diri dalam arus perubahan dan turut serta dalam pembangunan negara jika ingin menjadi insan yang cemerlang

Pn. Barathei sedang mengira kutipan derma kilat untuk tabung pelajar Pendidikan Moral. Setelah dikira kutipan mencecah lebih RM65.00. Terima Kasih kepada pelajar dan guru yang telah menderma

PROGRAM BACAAN YASIN

Majlis bacaan Surah Yasin kali ini telah diketuai oleh Mohd. Shawal pelajar Pra-U 6C

Selasa, Februari 09, 2010

LAWATAN PEGAWAI SKM HULU SELANGOR


Pn Zahrah binti Abu, Penolong Pengarah SKM Hulu Selangor telah datang untuk melawat Koperasi sekolah dan berbincang dengan Pengetua.

LAWATAN NEW HEMISPHERE SECURITY




Tn Hj Yaacub dan En Norlizan dari New Hemisphere Security telah datang berbincang dengan Pengetua dan En Revi Chander untuk pemasangan alat cctv.

MEMBERSIHKAN LALUAN MERENTAS DESA

Kerja-kerja gotong royong untuk membersihkan laluan merentas desa telah dilakukan oleh En. Kamarulzaman, En. Sabri dan Pelajar QM. Terima kasih atas kerjasama mereka.
PAUTAN SETERUSNYA

Isnin, Februari 08, 2010

MALAM BERSAMA BINTANG

Majlis anjuran FINAS ini telah dihadiri oleh 40 orang Pelajar Pra-U SMKSC bersama dua orang guru pengiring pada 29.1.2010 yang lalu. Majlis bertujuan merapatkan hubungan masyarakatn dengan artis-artis tempatan. Pelajar Pra-U hadir atas jemputan FINAS.

PAUTAN SETERUSNYA

MEMBAIKI PAIP TANDAS GURU PEREMPUAN

En. Revi Chander berbincang dengan En. Kumaresan mengenai sebut harga membaiki paip sekolah. Sebelum ini En. Kumaresan telah memasang pili ditandas guru perempuan

PENGAWAL KESELAMATAN BARU

Mohd. Saleh (kiri) dan Mohd. Nazrin b. Mazlan merupakan pengawal keselamatan baru

Sabtu, Februari 06, 2010

PENGAWAL KESELAMATAN

Mohd. Nazrin b. Mazlan merupakan pengawal keselamatan baru untuk sesi siang. Beliau merupakan bekas pelajar SMKSC. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berdisiplin

MEMBINA LALUAN BERHALANGAN

Mengangkat kayu untuk membina laluan berhalangan untuk kegiatan aktiviti kokurikulum
Pelan pembinaan halangan untuk aktiviti kokurikulum

PAUTAN SETERUSNYA







KECERIAAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pn. Rosnah bt Noh (Guru PSV) mencuba langsir baru yang akan dipasang untuk menceriakan bilik PSV


PAUTAN LAIN

Jumaat, Februari 05, 2010

AKTIVITI KOKURIKULUM SESI PETANG

Aktiviti Kokurikulu Sesi Petang kali ini diisi dengan Program Latihan Perbarisan Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform dan kawad kaki


PAUTAN LAIN

PROGRAM BACAAN YASIN



PAUTAN SETERUSNYA

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

PENGAWAL KESELAMATAN BARU

Mohd. Riduan b. Zaharudin dan Mohd. Akmal b. Zaharudin

Ke dua-dua pengawal keselamatan ini telah meninggalkan tugas mereka kerana dapat melanjutkan pelajaran ke IPT dalam jurusan Sains Komputer dan Kejuruteraan Letrik. Tahniah diucapkan kepada kedua adik beradik ini.

KE SM VOKASIONAL


Nurul Nadiah binti Muhammad Shahril
SM Vokasional ERT Setapak Kuala Lumpur
Jurusan Fesyen

Khamis, Februari 04, 2010

PENGARAH JPN SELANGOR KINI

Inilah Pengarah baru JPN Selangor mulai 1 Februari 2010. Tuan Sulaiman bin Wak, beliau adalah Mantan Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selamat datang kepada beliau ke JPN Selangor, semoga kehadiran beliau ke Selangor akan meningkatkan lagi mutu pendidikan dan prestasi pelajaran Negeri Selangor dan terus menjadi pemangkin untuk merealisasikan pendidikan di Selangor terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.


Selamat bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru kepada Dr. Hj. Zahri berkuatkuasa mulai 26 Januari 2010. Yang Berbahagia Dr. Hj. Zahri merupakan seorang pengarah yang lembut tetapi tegas. Beliau tidak gemar dengan MEDIOCRE malahan mahu yang terbaik.

Rabu, Februari 03, 2010

AKSES INTERNET TANPA WAYAR

Juruteknik Makmal bersama Penyelaras Makmal Komputer telah menjalankan ujian untuk mengakses internet dari beberapa lokasi di bangunan blok A, B, C dan F

En. Sabri menggunakan laptop sendiri mengakses internet tanpa wayar di Bilik Pusat Akses setelah laptop beliau diberi kata laluan oleh Juruteknik Makmal

Pn. Janiah mencuba laptop En. Hafiz mengakses internet tanpa wayar dari bilik beliau. Semoga kemudahan yang telah disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin oleh seluruh warga SMKSC