SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Februari 20, 2013

KURSUS KAWAD KAKI POLIS DAERAH

 Seramai 12 orang pelajar SMK Sungai choh terpilih untuk mengikuti kursus latihan kawad kaki daerah Hulu Selangor pada 20 dan 21 Februari 2013. 

 Siti Khalijah telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya mendapat kenaikan pangkat Sub Inspektor tahun 2013. Warga semesco mengucapkan tahniah dan terima kasih

AKTIVITI MINGGU BAHASA

 Pelajar-pelajar berkumpul di dewan untuk menyaksikan persembahan pelajar sempena minggu bahasa iaitu pertandingan bercerita

 Setiap unit beruniform perlu menghantar wakil untuk pertandingan bercerita. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar aliran perdana iaitu pelajar peralihan hingga tingkatan 5.
 
 Guru-guru yang menjadi juri pertandingan


KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pelajar-pelajar berkumpul di tapak perhimpunan sebelum masuk ke bilik mesyuarat untuk kursus pengurusan kokurikulum

Penolong kanan Kokurikulum, Pn Norlia sedang menyampaikan ucapan

 Pengerusi dan Setiausaha bagi setiap unit beruniform, persatuan, kelab dan persatuan sedang mendengar penerangan daripada Pn Haleeza tentang bagaimana untuk menguruskan badan yang diwakili oleh pelajar



 Para pelajar sedang menyiapkan carta organisasi kelab,persatuan dan unit uniform masing-masing

 Unit Beruniform Pandu Puteri

 Pengerusi dan Setiausaha Unit Berunifrom KRS




 Unit beruniform Pengakap


Selasa, Februari 19, 2013

UJIAN SEGAK PENGGAL 1

 Pelajar-pelajar perempuan 5 ICT bersemangat melaksanakan ujian segak

 Ujian segak - naik turun bangku
Pn Ng sedang memerhatikan pelajar membuat ujian tekan tubi tingkatan Peralihan

Pelajar tingkatan 5 Sains sedang melaksanakan ujian jangkauan melunjur




MESYUARAT AJK PELAKSANA MESYUARAT PIBG

 Pn Noraini selaku GPK 1 merangkap pemangku pengetua mempengerusikan mesyuarat AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2013
 Barisan pentadbir dan guru-guru tekun mendengar penerangan oleh Pn Noraini
Komitmen dan kerjasama daripada semua guru amatlah penting untuk memastikan mesyuarat Agung PIBG yang dijadualkan berlangsung pada Ahad 24.2.12, berjalan lancar

Isnin, Februari 18, 2013

SEMINAR SAINS PMR DAN SPM





 Pelajar-pelajar tingkatan 3 berkumpul di dewan untuk mendengar seminar Sains PMR
 Penceramah sedang menyampaikan teknik-teknik mengingat dan kaedah berkesan dalam mata pelajaran Sains
 Pn Asmah selaku ketua bidang Sains dan Matematik ditemani ketua bidang Teknik dan Vokasional turut hadir memberi semangat kepada pelajar-pelajar

Pelajar-pelajar SPM terhibur dengan lawak bersahaja daripada penceramah.


 Pelajar-pelajar mencatat nota dan tips yang diberikan oleh En Murali dan En Sanji sebagai panduan menghadapi SPM.


PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Pn Wan Zaharah,selaku guru bertugas pada minggu ini sedang memberi ucapan dan peringatan kepada pelajar-pelajar.
 Pn Wan Safrah memberi makluman kepada guru-guru dan pelajar mengenai Minggu Bahasa yang akan diadakan pada minggu ini, bermula 18/2/13 - 27/2/13. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti program nilam, sketsa, perbahasan, bercerita, kuiz, dan lain-lain.
 Pn Maizatul memberi makluman mengenai mesyuarat agong PIBG yang akan diadakan pada 24/2/13. Justeru itu, surat pemberitahuan akan diberikan kepada ibu bapa melalui pelajar/anak masing-masing.
 En Sabri menyampaikan maklumat mengenai merentas desa. latihan merentas desa akan diadakan bermula minggu hadapan
 Pn Asmah memberi makluman kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5, hari ini akan diadakan seminar Sains PMR dan SPM. Pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 berada di dewan selepas perhimpunan



Pn Rosna Noh memberi makluman mengenai ujian bulanan 1 yang akan diadakan pada 2502013 - 1/3/2013


Pn Alimah berucap, wakil pihak pentadbir

Khamis, Februari 07, 2013

Program My Beautiful Malaysia



Seramai 63 orang pelajar PPU SMK Sungai Choh telah menyertai Program Beautiful Malaysia yang berlangsung di dua tempat berasingan. Seramai 35 daripada mereka menyertai sambutan program di Putrajaya manakala 28 orang lagi telah bersama-sama menyambut program tersebut di SMK Sentosa.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong kawasan. (Putrajaya) dan mengecat dinding sekolah (SMK Sentosa)

Pengembaraan Pengakap Muda











Pada 1 hingga 2 Februari 2013 seramai 5 orang ahli pengakap muda telah menyertai Pengembaraan Pengakap Muda Daerah Hulu Selangor. Pengembaraan bermula dari SMK Kuala Kubu Bharu sehingga ke Sungai Shiling, Ampang Pecah. Program ini telah disertai seramai 126 ahli pengakap muda seluruh Hulu Selangor.

MESYUARAT BIDANG TEKNIK VOKASIONAL KALI KEDUA 2013

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Sarina selaku ketua bidang Teknik dan Vokasional


 Antara guru-guru bidang votek yang bersemangat dan berdedikasi

Antara agenda mesyuarat adalah mengenai minggu votek yang akan diadakan pada bulan April

CERAMAH KESIHATAN GIGI

 Ceramah kesihatan gigi disampaikan oleh jururawat daripada klinik kesihatan serendah
 Pelajar-pelajar tekun mendengar ceramah yang diberikan


 Ceramah diadakan di bilik tayangan 

Banyak input yang diterima oleh pelajar melalui ceramah yang disampaikan. terima kasih kami ucapkan kepada jururawat yang bertugas menyampaikan ceramah kesihatan gigi