SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Februari 18, 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Pn Wan Zaharah,selaku guru bertugas pada minggu ini sedang memberi ucapan dan peringatan kepada pelajar-pelajar.
 Pn Wan Safrah memberi makluman kepada guru-guru dan pelajar mengenai Minggu Bahasa yang akan diadakan pada minggu ini, bermula 18/2/13 - 27/2/13. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti program nilam, sketsa, perbahasan, bercerita, kuiz, dan lain-lain.
 Pn Maizatul memberi makluman mengenai mesyuarat agong PIBG yang akan diadakan pada 24/2/13. Justeru itu, surat pemberitahuan akan diberikan kepada ibu bapa melalui pelajar/anak masing-masing.
 En Sabri menyampaikan maklumat mengenai merentas desa. latihan merentas desa akan diadakan bermula minggu hadapan
 Pn Asmah memberi makluman kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5, hari ini akan diadakan seminar Sains PMR dan SPM. Pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 berada di dewan selepas perhimpunan



Pn Rosna Noh memberi makluman mengenai ujian bulanan 1 yang akan diadakan pada 2502013 - 1/3/2013


Pn Alimah berucap, wakil pihak pentadbir