SMK Sungai Choh telah mendapat lima buah projek yang bernilai hampir seratus ribu ringgit setiap satu. Ini bermakna hampir setengah juta ringgit. Ia adalah hasil dari Rancangan Malaysia ke 9 yang lalu. Antara projeknya ialah menaiktaraf bumbung Blok A, B, C, D, E dan Bengkel KH dengan metal deck, membaiki longkang, menaiktaraf jubin tandas pelajar lelaki dan kantin, menurap tapak perhimpunan, menaiktaraf pagar serta menanam semula dan meluaskan padang sekolah. Semua kerja-kerja ini telah dijadualkan supaya berakhir pada 4 November 2008 ini.
Tetapi guru-guru SMKSC telah bersetuju untuk tidak menanam semula padang kerana ia boleh digunakan. Lihatlah padang sekolah dari tiga sudut ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan