SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, September 13, 2008

Kecurian






Pada hari Jumaat 12 September 2008 SMKSC telah dimasuki pencuri. Bumbung Blok A telah pecah pada dua tempat dan 'you can see the sky'. Pada Blok B, Blok C, Blok D dan Blok Makmal Komputer telah dipotong wayar tembaga manakala di Blok F pula pencuri telah memotong grill untuk memasuki bangunan itu. Kiosk juga telah diumpil kunci pintunya dan pencuri telah mengambil kesemua tin minuman dari peti sejuk dan sejumlah makanan ringan.

Terimakasih kepada Tn Hj Annuar, PPD Hulu Selangor yang telah melawat sekolah selain dari pihak polis selepas dibuat laporan. Terimakasih juga kepada semua kakitangan SMKSC yang telah berusaha serta langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan kes ini.

1 ulasan:

Siti Mariam AK berkata...

tahniah pn habshah sebab smk sg choh dah ada blog sendiri. Semoga selalu update