SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN
SELAMAT BERCUTI
KEPADA SEMUA WARGA SMK SUNGAI CHOH.


Sabtu, September 27, 2008

BERMAAFAN





Sebelum mengetik kad perakam waktu untuk balik, semua kakitangan SMKSC telah bersalaman dan bermaafan sempena Hari Raya Aidiftiri tidak lama lagi.

Jumaat, September 26, 2008

PETA SATELIT SMKSC


Ini adalah peta satelit SMKSC. Peta ini telah disuntingkan oleh Suresh Rao AL Surinaranam Tingkatan 6AC

Khamis, September 25, 2008

COUNTDOWN




Setiap pagi Ahmad Qhairie Ilham b Kamaruddin dan Amaran AL Govindasamy dari Tingkatan 4A telah ditugaskan untuk mengemaskinikan papan notis Countdown peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Lagi 18 hari sahaja PMR akan bermula, pelajar Tingkatan 3 sudah bersediakah? Diharap semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan utama tidak membazirkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dalam masa cuti Hari Raya Aidilfitri ini. Semuga berjaya.

Rabu, September 24, 2008

PERHIMPUNAN PAGI 24 SEPTEMBER 2008





Guru yang bertugas minggu ini ialah Pn Faridah Hanum.
Pada pagi ini 28 orang pelajar yang yatim piatu telah
dihadiahkan peket raya yang bernilai RM10.00 seorang
sumbangan semua guru dan staf SMK Sungai Choh.
Sumbangan disampaikan oleh Pengetua diiringi oleh
Pn Azizah Hassan.








Kemudian disampaikan juga Sijil Kehadiran Program
Motivasi kepada 8 orang pelajar India yang disampaikan
oleh Pengetua dengan bantuan Pn Barathi.

















Pada perhimpunan ini diadakan juga majlis bersalaman
dan bermaafan antara guru dan para pelajar sempena
sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang
sambil lagu-lagu raya dimainkan.

Selasa, September 23, 2008

PENGUMUMAN

Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah untuk membayar Bayaran Tambahan Sekolah
yang bernilai RM44.50, Majalah sekolah RM10.00 dan juga Yuran PIBG
RM18.00 ataupun
Yuran Kelas Tambahan RM80.00, sila berjumpa Pengetua.


Terimakasih

Jumaat, September 19, 2008

Majlis Berbuka Puasa











Pada 19 September 2008, Panitia Agama Islam diketuai oleh Pn Azizah, Ketua Bidang Kemanusiaan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Selepas berbuka puasa, diadakan sembahyang Maghrib berjemaah, sembahyang Tarawikh dan juga sembahyang Hajat yang diimamkan oleh Ustaz Mohammad Zabidi disurau sekolah.