SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Jun 17, 2009

PERTANDINGAN AKTIVITI KOAKADEMIK SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH 2009






Pertandingan Aktiviti Koakademik Sains & Teknologi Daerah Hulu Selangor 2009 telah diadakan di SMK Serendah pada 17 Jun 2009 dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Bertemakan "Menjana Modal Insan Kelas Pertama", ia disertai oleh sebanyak 14 buah sekolah dalam daerah Hulu Selangor. Acara-acara yang dipertandingkan ialah solar car, solar cooking, pelancar roket dan saintis muda. SMK Sungai Choh telah menghantar 5 orang wakil bagi acara pelancar roket dan saintis muda. Wakil-wakil bagi acara saintis muda ialah Siti Suhaila Bt. Abdul Jalil, Nur Miza Bt. Azhar dan Muhammad Amiruddin B. Abu Bakar dari tingkatan 3A. Manakala, wakil-wakil bagi acara pelancar roket ialah Bazilah Bt. Bahaldin dan Muhamad Nazirul Helmi B. Mohd Halim dari tingkatan 4A. Mereka diiringi oleh guru pengiring En Ahmab Bukhari B. Ahmad Zaman dan Pn. Barathi A/P Ramalingam. Walaupun mereka tidak memenangi acara-acara tersebut, namun kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan adalah amat membanggakan.