SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, Jun 16, 2009

Kem Maxis Cyberkids 2009 Selangor & Pahang






Kem Maxis Cyberkids 2009 bagi negeri Selangor dan Pahang anjuran Maxis Communications Berhad telah berlangsung di Hotel Sheraton Subang pada 8-13 Jun 2009. Kem selama 6 hari tersebut bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan ICT yang semakin penting pada masa kini agar tidak ketinggalan. SMK Sungai Choh terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang menyertai kem ini. Seramai 6 orang pelajar tingkatan 2 dari SMK Sungai Choh dipilih berdasarkan prestasi dalam ujian yang dijalankan. Pelajar-pelajar tersebut ialah Muhammad Aiman Fahmi B. Muhammad Rapitar, Muhammad Shafeqzul Ikhmal B. Azazan, Muhammad Ameer Ashraf B. Norhisham, Afifah Bt. Abdul Shukor, Noor Syahirah Bt. Hassan dan Nurul Nasuha Bt. Abdul Aziz. Pelajar-pelajar tersebut menghadiri kem tersebut diiringi oleh guru pengiring Encik Ahmad Bukhari B. Ahmad Zaman. Semasa di kem tersebut mereka mempelajari banyak pekara seperti mengendalikan perisian photoscape, photostory, audicity dan sebagainya. Semasa di sana juga pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan saling berkenalan, membina keyakinan dan kebolehan diri. Pelajar-pelajar,guru-guru terlibat serta pihak sekolah perlu mengendalikan dua projek, cyberkids@community dan cyberkids@school. Untuk maklumat lanjut, sila layar laman web www.cyberkids.com.my/ckportal/