SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, September 29, 2009

LAWATAN TAPAK

En. Mohd. Saim b. Md. Rahim, Juruteknik Syarikat KCP Network Sdn. Bhd. telah datang membuat tinjauan awal untuk pemasangan KU12 di bilik guru. Talian yang menggunakan fiber optik itu akan dapat membekalkan kemudahan capaian internet untuk 4 port di bilik guru dan 1 port di bilik Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang). Selain itu, beliau juga mengenalpasti kemudahan makmal komputer yang akan memperolehi perbekalan peralatan baru pada pertengahan bulan Oktober 2009. Makmal Komputer 1 dan 2 akan dikosongkan sebelum peralatan perbekalan itu tiba.