SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH
Memaparkan catatan dengan label Lawatan Tapak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawatan Tapak. Papar semua catatan

Khamis, Jun 23, 2011

LAWATAN TAPAK

Para kontraktor yang berdaftar dan memohon tender untuk Kerja-kerja Membina Astaka, Baikpulih Rumah Pam, Baikpulih Bumbung, Bilik Guru, Menaik taraf tangki kepada FRD dan Kerja-kerja lain berkaitan di SMK. Sg. Choh telah datang mendengar taklimat membuat lawatan tapak untuk kerja-kerja tersebut


Turut hadir Tn. Hj. Sameon b. Hj. Sidek PPD Unit Pembanguanan Hulu Selangor, En. Man b. Aton PP Pembangunan JPNSDE dan En. Faudzi b. Mat Isa Pen. Jurutera Kanan serta Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin (GPK Akademik)


Antara kontraktor Kelas F yang berminat untuk mendengar taklimat kerja-kerja di atas
Menerima buku spesifikasi kerja yang bakal dibida untuk kerja-kerja yang dinyatakan di atas

Para kontraktor sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh En. Mohd. Faudzi - menukar tangki bersebelahan kantin sekolah

Selasa, Jun 15, 2010

LAWATAN TAPAK OLEH BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKESIONAL



Ketua Penolong Pengarah, Pengurusan Akademik dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokesional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya, En Abdul Rahman bin Ayub dan empat orang pegawainya yang lain telah datang ke Kuarter Institusi Pendidikan KIP Sungai Choh dan juga ke SMK Sungai Choh bertujuan untuk memperkasakan matapelajaran teknik dan vokesional di SMKSC.

Rabu, Mei 12, 2010

LAWATAN TAPAK

En. Irfarizi (Juruteknik JKR) dan Pn. Ranula (Pen. Jurutera JKR Daerah) telah datang bertemu Pengetua dan Juruteknik Makmal untuk mengambil gambar-gambar kerosakan fizikal sekolah

Sabtu, April 10, 2010

LAWATAN TAPAK

En. Badrollhisham b. Mohammed (t-shirt hitam), Pengarah Projek RTM Piala Dunia FIFA 2010 bersama pasukannya, datang melawat tapak bagi memastikan kesesuaian tempat untuk pasukan sorak 1Malaysia yang akan mengambil bahagian semasa lawatan TPM YB. Tan Sri Mahyuddin Yasin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 18.4.2010 jam 10.00pagi Timbalan Menteri Penerangan Malaysia, Angkasawan negara Datok Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie b. Sheikh Mustapha turut menyatakan kesediaan untuk hadir pada hari tersebut.

Selasa, September 29, 2009

LAWATAN TAPAK

En. Mohd. Saim b. Md. Rahim, Juruteknik Syarikat KCP Network Sdn. Bhd. telah datang membuat tinjauan awal untuk pemasangan KU12 di bilik guru. Talian yang menggunakan fiber optik itu akan dapat membekalkan kemudahan capaian internet untuk 4 port di bilik guru dan 1 port di bilik Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang). Selain itu, beliau juga mengenalpasti kemudahan makmal komputer yang akan memperolehi perbekalan peralatan baru pada pertengahan bulan Oktober 2009. Makmal Komputer 1 dan 2 akan dikosongkan sebelum peralatan perbekalan itu tiba.