SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, September 30, 2009

MAKAN AMAL PIBG 2009

PIBG SMKSC AKAN MENGADAKAN MAJLIS MAKAN AMAL DENGAN TUJUAN MENGUMPUL DANA PIBG.
PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI DIPOHON SUPAYA SUDI MENYUMBANG SEBANYAK RM50.00 UNTUK SATU TEMPAT DUDUK BAGI MAJLIS INI PADA

TARIKH 10 OKTOBER 2009
HARI SABTU
JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT DEWAN KOMUNITI SERENDAH

KEMPEN PENGERUSI PERTINAM

Hari penamaan Calon untuk Pengerusi PERTINAM telah diadakan pada hari Selasa. Dua hari diberikan kepada calon untuk berkempen. Mohd Nadzir 6Bawah C bersama rakan sedang menyiapkan poster untuk dipamerkan. Mohd Adeeb 6Bawah B dan Ishak Shawal 6Bawah C turut bertanding untuk jawatan tersebut.



MESYUARAT AJK MAJLIS MAKAN AMAL KALI KE-2

YDP PIBG SMK. Sg. Choh, Tn. Hj. Md. Khairi B. Selamat sedang mempengerusikan mesyuarat


Ibu bapa, bekas pelajar dan para dermawan dijemput menyertai majlis ini sambil menyumbang untuk mengumpul dana PIBG bagi membiayai aktiviti-aktiviti PIBG, aktiviti kokurikulum serta projek keceriaan sekolah.

Selasa, September 29, 2009

HARI PENAMAAN CALON PERTINAM 2009










PERTUKARAN CPE ROUTER

En. Khadafi b. Thamrin, Juruteknik GiTN Cyberjaya sedang mengenalpasti kenapa kemudahan capaian internet SchoolNet sering terputus. Beliau telah mengenalpasti bahawa alat CPE Router telah rosak. Alat tersebut telah ditukar dengan yang baru. Kedatangan beliau adalah hasil laporan yang dibuat pada 16.9.09 (Rabu). Terima kasih kepada Syarikat GiTN.

PERUNTUKAN BAIKPULIH KOMUTER DAN SISTEM RANGKAIAN LAN

Dua orang juruteknik QYM Komputech, telah datang untuk membuat kerja-kerja baikpulih Komputer Makmal KDP dan memasang kemudahan capaian internet untuk Bilik Pengetua, Bilik GPK1, Bilik GPK HEM, Bilik GPK KOKO, bilik GPK Petang, Bilik Data dan Bilik Penyelaras PSS, Bilik UBK dan Bilik PPSMI . Peruntukan ini telah lama dinantikan oleh pihak sekolah. Terima Kasih kepada PPD Hulu Selangor kerana telah memberi kemudahan ini.

LAWATAN TAPAK

En. Mohd. Saim b. Md. Rahim, Juruteknik Syarikat KCP Network Sdn. Bhd. telah datang membuat tinjauan awal untuk pemasangan KU12 di bilik guru. Talian yang menggunakan fiber optik itu akan dapat membekalkan kemudahan capaian internet untuk 4 port di bilik guru dan 1 port di bilik Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang). Selain itu, beliau juga mengenalpasti kemudahan makmal komputer yang akan memperolehi perbekalan peralatan baru pada pertengahan bulan Oktober 2009. Makmal Komputer 1 dan 2 akan dikosongkan sebelum peralatan perbekalan itu tiba.

Isnin, September 28, 2009

KEHADIRAN PEGAWAI JPN SELANGOR




Empat orang pegawai pelajaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Unit Pembangunan telah datang memantau bangunan sekolah untuk tujuan membaikpulih ataupun menaiktaraf.

Khamis, September 17, 2009

TOKOH KOKURIKULUM 2009 - GURU

En. Sabri dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum untuk kategori guru

TOKOH KOKURIKULUM PELAJAR

Tokoh Kokurikulum 2009 Pelajar Lelaki - Mohd. Wafiuddin b. Rahmat (5A) dan Perempuan - Siti Radiah bt Sarif, bergambar selepas menerima plak masing-masing.

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pn. Noraini bt Abdul Muin sedang berucap merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-52 dan Hari Kokurikulum 2009.

UCAPAN SELAMAT HARI HARI RAYA DARI YDP


Saya sekeluarga mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin" kepada Pn. Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, para pelajar dan semua warga SMKSC. Semoga di hari yang mulia ini semuanya dapat bergembira bersama keluarga dan sanak saudara. Kepada yang membuat perjalanan, berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat tiba ke tempat yang dituju dengan selamat. Kepada para pelajar semua, di samping berhari raya, diharap dapat menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran terutama bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Saya mendoakan pelajar semua akan berjaya dengan cemerlang. Kembali ke sekolah dengan semangat baru. Sekian, terima kasih.
HJ. MD. KHAIRI BIN SELAMAT
Timbalan Pengarah
Deputy DirectorBahagian Pembangunan Korporat
Corporate Development DivisionJPS MalaysiaDID Malaysia
H/P: 019 2419924
Tel: +603 26971016
Fax: +603 26985310

Rabu, September 16, 2009

PEMULANGAN PERALATAN PPSMI

Juruteknik Makmal sedang memeriksa Laptop PPSMI. Peralatan tersebut disimpan di tempat selamat sempena Cuti Aidil Fitri.

MESYUARAT GURU SESI PETANG KALI KE-6

Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat. Puan Hjh. Habsah selaku Pengetua dan Pn. Alimah (GPK KOKO) turut hadir dan menyampaikan taklimat.

AKSESS KE INTERNET TERGENDALA

Peralatan Ollium Technology tidak berfungsi dengan baik menyebabkan punca kuasa ke Router tergendala. Sambungan secara terus terpaksa dibuat. Ini membolehkan penghantaran laporan Unit Bimbingan dan Kaunseling ke PPD Hulu Selangor dapat dilaksanakan. Terima kasih atas kerjasama Juruteknik Komputer sekolah.

SKETSA MERDEKA

Pelajar tingkatan 6 Rendah sedang berlatih Sketsa Merdeka untuk persembahan pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan dibawah pimpinan En. Abdul Sukor.

Isnin, September 14, 2009

PN WAN SABERINA DARI SMK SERI SELAYANG


Pengetua Cemerlang, Pn Wan Saberina binti Wan Musa dari SMK Seri Selayang, Batu Caves telah datang berkongsi pengalaman dengan Pengetua SMK Sungai Choh, Pn Habshah untuk Program Immersion Pengetua Baru Negeri Selangor 2009.

Jumaat, September 11, 2009

TADARUS AL-QURAN

Pelajar sedang bertadarus di Surau SEMESCO

MELUKIS MURAL BLOK F

Pelajar tingkatan 6 Randah A dan 6 Rendah B sedang melukis mural.

PEMANTAUAN BILIK

Tn. Hj. Ruslan b. Che Mee sedang menandatangani buku pelawat sebelum beredar ke Bilik Bimbingan dan Kauseling untuk pemantauan seterusnya

Khamis, September 10, 2009

PETI BESI PPSMI

Dua Buah Peti Besi yang akan digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan PPSMI semasa Cuti Hari Raya Idilfitri sedang di bersihkan oleh En. Mohd. Khairil Hafiz.

Rabu, September 09, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

TADARUS AL-QURAN

MELUKIS MURAL


CERAMAH MUET







Ceramah MUET telah dijalankan untuk semua pelajar Tingkatan 6 Atas oleh guru dari SMK Kuala Kubu Bharu.

BILIK KETUA BIDANG








6 buah radio keset dan sebuah OHP telah hilang dari bilik Ketua Bidang pada cuti hujung minggu yang lalu.