SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, Mac 30, 2010

PERSIAPAN SUKAN

Sukan Tahunan Sekolah kali ke 23 ini akan dirasmikan oleh Tn. Hj. Yusof b. Hj. Hanif, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Kehadiran beliau ke SMKSC amat dialu-alukan. Beliau telah dihubungi secara peribadi oleh YDP PIBG, En. Radi b. Ghazali.
En. Khairul Azri b.Izhari dari Jabatan Penerangan Hulu Selangor (gambar bawah) sedang berbincang dengan Pn. Raja Zanariah (Juruacara Sukan Tahunan) mengenai keperluan PA Sistem yang akan digunakan semasa sukan nanti. Terima kasih kepada En. Nordin (sebelah kanan) yang telah menghubungi Jabatan Penerangan Hulu Selangor bagi kemudahan perkhidmatan siaraya. Peserta Rumah Kuning sedang berlatih untuk persembahan semasa perbarisan

Peserta Rumah Merah sedang berlatih berbaris