SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Januari 03, 2011

PROGRAM PENDEDAHAN PEMILIHAN JURUSAN TINGKATAN 4

Sebelum pelajar memilih jurusan mereka untuk belajar di tingkatan 4, satu sesi penerangan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan di Dewan Wawasan. Mereka telah mendengar taklimat mengenai pemilihan mata pelajaran elektif yang disampaikan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran seperti Pendidikan Seni Visual, Tasawur Islam dan ICT.


Pn. Asmahan menerangkan mengenai pemilihan mata pelajaran Tasawur Islam
Pn. Rosna bt Noh menerangkan mengenai pemilihan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual