SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Januari 05, 2011

PESANAN PEMANGKU PENGETUA

Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin turut berucap semasa perhimpunan pagi ini, beliau mengingatkan pelajar tingkatan 4 yang ingin mengambil jurusan Sains/Perakaunan akan menjalani ujian pengetahuan/kefahaman dan kesediaan mereka mengenai mata pelajaran tersebut pada minggu depan. Beliau berharap agar pelajar yang akan dilantik menerajui Unit Beruniform, Persatuan/Kelab, Sukan/Permainan agar menyusun dan merancang program tahunan. Beliau juga menekankan tentang kepentingan ilmu. Di samping itu, beliau berharap pelajar sentiasa mengutamakan ilmu dan rajin membaca. Tambahnya lagi, walaupun ilmu yang kita ada sedikit, kita hendaklah mengguna dan mengamalkannya secara berterusan.