SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Januari 31, 2011

LATIHAN BOLA JARING

Latihan dijalankan di gelanggang bersimen pada waktu petang

Jumaat, Januari 28, 2011

KEHADIRAN YB DATO' ISA

YB Dato' Isa (ADUN N7-Batang Kali) telah berkesempatan bertemu pengetua baru, Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein di bilik pengetua. Setelah berbual dan mengetahui sedikit sebanyak perkembangan sekolah, YB Dato' telah ke bilik mesyuarat untuk menghadiri Mesyuarat Pengakap bersama Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Selangor.

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh warga SMKSC mengucapkan takziah kepada Pn. Sarina bt Shaari dan En. A.Rahim. Ibu Pn. Sarina telah meninggal dunia jam 5.00pagi tadi, manakala abang kepada En. A.Rahim b. Mohd. Shariff juga telah meninggal dunia semasa bertugas sebagai anggota polis di Kuala Terengganu jam 10.00pagi. Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama golongan orang yang baik-baik.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Tahniah kepada rumah biru kerana mendapat Johan keseluruhan kejohanan merentas desa. Piala pusingan telah disampaikan oleh YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali. Terima kasih kepada beliau kerana dapat melapangkan masa menyampaikan hadiah pada majlis penutup penyampaian hadiah

Timbalan Yang DiPertua PIBG, En. Idrus b. Abdul Manan diberi penghormatan melepaskan peserta larian merentas desa mengikut kategori masing-masing. Terima kasih atas kesudian beliau hadir Pembantu AJK Makanan dan minuman mengagih-agihkan air mineral, roti dan kueh kepada peserta yang menamatkan acara tersebut Barisan Hakim Penamat Johan Kategori Perempuan B16

Khamis, Januari 27, 2011

MESYUARAT PIBG

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat


PROGRAM BICARA HATI

Foram Program Bicara Hati telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling SMKSC bertempat di Dewan Wawasan
Pn. Hjh. Rosnah bt Zali memperkenalkan barisan 8 daripada 16orang pelajar cemerang yang akan berkongsi pelangalaman teknik belajar berkesan kepada calon PMR 2011

Pn. Mazlah (Pengetua) bersama Pn. Norlia (GPK Kokurikulum) turut hadir menyaksikan program tersebut

PERSIAPAN MERENTAS DESA


Rabu, Januari 26, 2011

AKTIVITI PERSATUAN DAN PERMAINAN

Pn. Norlia (GPK Kokurikulum) sedang dibantu oleh Pn. Noruzi Said mengumpul dan mengagih-agihkan pelajar yang dipilih memasuki persatuan/kelab yang masih kekurang ahli
Kelab Catur

Lihat blog AKTIVITI KOKURIKULUM SMK. SG. CHOH

MESYUARAT JK JADUAL WAKTU


Isnin, Januari 24, 2011

PROGRAM IKRAR PELAJAR 2011

Ketua pelajar sedang mengetuai bacaan ikrar pelajar
Tn. Hj. Arbain b. Pinni sedang menyampaikan ceramah. Beliau mengingatkan pelajar bahawa mereka mempunyai empat potensi (jasmani, rohani, emosi dan, intelek) yang perlu dikembangkan serta bijak menggunakan kaedah "auto suggestion" dalam diri secara positif serta bertindak cepat memperbaiki diri

Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein sedang menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Arbain

Sabtu, Januari 22, 2011

PERSEDIAAN "TRACK AND FIELD"

En. Sabri, En. Zarul dan En. Kamarulzaman menyediakan tapak untuk lontar peluru

PERJUMPAAN PELAJAR KRK

Pn. Hjh. Mazlah bersama Pn. Hjh. Nor'aini (GPK Akademik) semasa sesi perjumpaan dengan pelajar KRK tingkatan 1, 2 dan 3 di bilik mesyuarat.

Semasa berucap dihadapan pelajar KRK, Pn. Hjh. Mazlah menyatakan pelajar KRK patut bersyukur terpilih memasuki Kelas KRK kerana Program KRK adalah program Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka lebih beruntung kerana disamping terpilih, mereka sentiasa berada disamping ibu bapa tidak seperti pelajar yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh yang berjauhan dengan ibu bapa dan terpaksa berdikari.

Penyelaras KRK memberi penerangan mengenai program KRK yang akan dijalankan sepanjang tahun ini Berita lanjut, sila klik BLOG KRK SMKSC

PEMBANTU CHECK POINT

En. Sabri b. Ahmad selaku Setiausaha Sukan SMKSC, membuat semakan senarai pembantu "Check Point" dan memastikan mereka boleh hadir semasa sesi latihan merentas desa dan semasa pentandingan akhir merentas desa peringkat desa pada 28.1.2011 (Jumaat)

TAKLIMAT PROGRAM BICARA HATI

Pn. Rosna bt Zali dan En. A.Azahan b. Adam memberi penerangan sebagai persediaan kepada pelajar yang akan menjayakan program bicara hati pada Isnin (24.1.2011)
Add Image

TAKLIMAT CALON PMR

Pn. Rusidah bt Imbran menerangkan prosedur untuk mendaftarkan calon PMR 2011 kepada pelajar tingkatan 3


TAKLIMAT CALON SPM

Pn. Sarina Shaari memberi taklimat kepada calon SPM 2011 mengisi borang

Jumaat, Januari 21, 2011

PROGRAM HARI INI

Bacaan Yasin


Program Pendidikan Moral



Rabu, Januari 19, 2011

KEGIATAN KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM

Pn. Hjh. Mazlah mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya menghadiri dan menamatkan aktiviti kegiatan Unit Beruniform pada petang ini sehingga jam 5.00petang.

MESYUARAT IKRAR PELAJAR DAN BICARA HATI

Mesyuarat JK Ikrar Pelajar dan Bicara Hati telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Rosnah bt Zali di Bilik Kaunseling Gambar ehsan En. Mohd. Rosli b. Dardan

MESYUARAT JK KOKURIKULUM

Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, telah dipengerusikan oleh Pn. Norlia bt Abu Bakar, selaku GPK Kokurikulum


Selasa, Januari 18, 2011

LATIHAN MERENTAS DESA

En. Kamarulzaman b. Hamzah sedang mengendalikan sesi latihan memanaskan badan sebelum aktiviti latihan merentas desa dimulakan mengikut kategori mereka masing-masing

Isnin, Januari 17, 2011

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga SMKSC mengalu-alukan kehadiran pengetua baru, Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein yang mulai bertugas pada 17.1.2011.
Pn. Hjh. Mazlah berucap buat kali pertama di perhimpunan rasmi pagi Isnin hari ini. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah atas peningkatan prestasi PMR 2010 dan berharap SMK. Sg. Choh terus unggul. Beliau juga berharap semua mata pelajaran akan mencapai 100% dalam peperiksaan PMR 2011.
Kelihatan En. Idrus b. Abdul Manan (TYDP PIBG) turut hadir semasa perhimpunan mengalu-alukan kehadiran pengetua baru, Pn. Hjh. Mazlah.
Ustaz Mohd. Zabidi membaca doa



SELAMAT DATANG

Seluruh warga SMKSC mengalu-alukan kehadiran empat orang guru praktikum dari UNISEL jurusan TESEL.

Dari kiri: En. Akmal Hafiiz b. Abd. Rani (Kedah), Cik Wan Farah bt Wan Hamidi (Kelantan), Cik Yumni bt Mohd. Yasin (Johor) dan Cik Pauline Georgina Priya a/p Hebert (Pahang)

Rabu, Januari 12, 2011

SELAMAT BERTUGAS


SMK.Sg. Choh mengalu-alukan kedatangan guru baru - Cik Mas Erwina bt Herry, pengkhususan ICT/Matematik - UPSI 2006