SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Januari 09, 2012

GURU BERTUGAS

Guru bertugas minggu ini ialah En. Aziz dan Pn. Azizah
Tajuk ucapan yang disampaikan: DISIPLIN ASAS KEJAYAAN


Pengumuman lain:


1. Permohonan baru biasiswa untuk pelajar tingkatan 1 dan 4 telah dimulakan. Syarat permohonan ialah jumlah pendapatan ke dua ibu bapa kurang dari RM 1500. Pemohon hendaklah menyertakan salinan Kad Pengenalan, dan salinan slip gaji ibu bapa. Semua dokumen boleh diserahkan kepada guru tingkatan. Pemohon yang layak sahaja akan diberi borang permohonan.



2. Pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 boleh memohon sekiranya jumlah pendapatan ibu bapa berubah atas sebab kematian atau ibu bapa berhenti kerja.


3. Kelas tingkatan 4 yang ditawarkan di sekolah ini ialah Aliran Sains dengan Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan - Elektif, Kelas Ekonomi dengan Perdagangan dan Geografi sebagai elektif, Kelas Teknologi Maklumat dengan Pendidikan Seni, Tasawur dan Bahasa Tamil sebagai elektif manakala Tingkatan 4Pendidikan Seni Visual dengan Tasawur, Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil /Pemulihan sebagai mata pelajaran elektif. Pelajar dinasihatkan agar memilih kelas mengikut aliran yang mereka minat