SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Februari 25, 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

 Cikgu Sabri, sebagai guru yang bertugas pada minggu ini, menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar mengenai kejohanan olahraga yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Kepada pelajar-pelajar yang berpotensi mewakili sekolah, diminta hadir pada waktu petang untuk sesi pemilihan. 


 Cikgu Norizan selaku ketua guru penasihat kadet polis mengucapkan tahniah kepada ahli unit beruniform kadet polis yang mewakili sekolah dalam kursus kawad kaki daerah. Terdapat 6 orang pelajar yang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan

 Pn Noraini diiringi pn Norlia menyampaikan sijil dan hadiah kepada ahli kadet polis

 Mohd Akbar turut mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam kursus kawad kaki daerah





Siti Khalijah berjaya mendapat pangkat Sub Inspektor dalam kursus kawad kaki peringkat Daerah Hulu Selangor. Tahniah diucapkan.


 Pn Rosna Noh menyampaikan maklumat berkaitan ujian selaras 1 yang akan bermula pada hari ini. Para pelajar diharap sudah bersedia dari segi metal dan fizikal. Beliau juga sempat menyelitkan nasihat agar para pelajar tetap menjaga kebersihan kelas sebelum memulakan ujian


 Pn Alimah memberi peringatan kepada para pelajar mengenai kehadiran ke sekolah dan keselamatan menggunakan jalan raya

Pn Noraini menyampaikan maklumat mengenai program sekolah yang diadakan 
selepas waktu persekolahan seperti program emas, klinik BI dan Matematik, kelas tambahan tingkatan 3 dan kelas tambahan tingkatan 5.